Total Pageviews

Kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap di tengah kota raya Kuala Lumpur, Restoran I-Dahlia Corner ada berita baik untuk korang! 


Tahun ini, restoran yang terletak di Jalan Persiaran Stonor mengadakan Sinar Ramadan- dari 2 Mac hingga 29 Mac, menawarkan sehingga 50 jenis menu tradisional setiap hari.

Antara menu wajib cuba ialah Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops, dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops—tiga hidangan kegemaran pelanggan setiap tahun! 



Selain menu utama, korang juga boleh menikmati ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, pecal, begedil, pelbagai kuih-muih tradisional, dan pilihan air menyegarkan—semua ini pada harga RM59+ untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak (7-12 tahun), warga emas, serta OKU.








Restoran ini boleh memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa, dan turut menyediakan ruang solat untuk keselesaan pelanggan. Menariknya, setiap malam dari 6 petang hingga 10 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu ketuhanan sambil menikmati hidangan berbuka puasa.

Bukan itu sahaja, setiap hari seorang pengunjung bertuah akan memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum bufet tamat pada jam 10 malam!


Operasi Selepas Ramadan & Hiburan Tambahan

Selepas jam 10 malam, restoran ini akan kembali beroperasi secara à la carte. Dan selepas seminggu Syawal, I-Dahlia Corner akan dibuka seperti biasa dari 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali Ahad.




Untuk menambah seri, persembahan busking juga diadakan setiap tengah hari—jadi korang boleh menikmati hiburan santai sambil menjamu selera!

Bagi yang belum tahu, I-Dahlia Corner mula beroperasi pada tahun 2013. Jadi, kalau anda nak pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan menu tradisional lazat, suasana nyaman, dan pelbagai kejutan menarik—I-Dahlia Corner adalah tempatnya. 

Tidak keterlaluan jika aku katakan masakan di sini jauh lebih sedap berbanding beberapa hotel yang aku kunjungi. 

Untuk memastikan tempat korang, tempahan awal amat digalakkan. Korang boleh booking sekarang melalui nombor berikut:
Tel :  012-3526397 / 017-9913907 / 03-67367641

Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Lagi Sedap Dari Hotel!

by on 28.2.25
Kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap di tengah kota raya Kuala Lumpur, Restoran I-Dahlia Corner ada berita baik untuk ko...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama aku tak menulis dekat blog ini. Berhabuk dah rasanya kalau ada hantaran pun sekadar hantaran ulasan daripada client. 




Dah hampir sebulan juga kita menyambut tahun baru 2025, semestinya kita ada azam baru. Pertikaikan orang yang bercakap pasal azam kenapa perlu renew bagai. Kalau benda yang baik buat apa kita nak stop betul tak? 

Aku pun tak terkecuali ada juga azam baru. Btw, untuk tahun 2025 aku ada buat satu perubahan dan transformasi untuk hala tuju penulisan aku. Pertama sekali mengenai blog ini. Jujur aku katakan, untuk menulis serajin dulu dah susah. 




Tengok sendiri lah bulan Januari baru ini hantarannya. Tidak dinafikan bila mengajar ini penat dia lain macam. Ramai yang cakap untung jadi cikgu sebab balik awal. Hakikatnya, penat berhadapan pelbagai kerenah ini lagi penat sebenarnya berbanding tenaga fizikal. 

Balik je sekolah, confirm terbaring. Penat nak buat itu ini. Disebabkan itu, aku membuat keputusan untuk kembalikan 'warna' pada blog ini sama seperti dahulu. Lebih kepada perkongsian peribadi, tips yang aku rasa akan bermanfaat. 

Perihal lain, macam ulasan hotel pula aku sudah tukarkan kepada portal www.jalanjalanhotel.com . Dekat situ penulisannya lebih formal dan mesra media. Dan untuk pengetahuan korang juga disitu juga ada penulis jemputan lain. 

Sebab aku berbuat demikian, aku nak bagi peluang dekat orang lain untuk turut berkarya terutama generasi baru. Mana lah tahu, ada anak-anak murid aku yang dah habis sekolah nanti berminat nak jadi wartawan juga. 

Bagaimanapun, aku tak akan berhenti menulis kerana ini adalah minat aku. Cuma nya ada topik yang aku tak akan ulaskan terutama berkaitan sensitiviti. Untuk review aku masih buka sekiranya ada yang berminat. 


Duit review ini untuk pengetahuan korang aku gunakan untuk dana anak-anak murid aku untuk beli pelbagai keperluan. Seperti mana siapa yang tahu, sekolah aku mengajar ini rata-rata keluarga terdiri daripada kurang berkemampuan. 

Jadi sedikit sebanyak aku gunakan untuk infak keperluan diorang. Tah itu je lah kot nak bebel sekarang. 

Tunggu sahaja hantaran yang akan datang. At least aku tulis ini ada juga la hantaran untuk Januari kan? Gambar pun aku macam blur nak letak apa! LOL 

Tahun Baru, Hala Baru

by on 28.1.25
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama aku tak menulis dekat blog ini. Berhabuk dah rasanya kalau ada hantaran pun sekadar hant...