Dododots Lancar Koleksi Eksklusif Powerpuff Girls
Jenama tampalan jerawat tempatan, Dododots, menggegarkan peminat kecantikan dan kartun nostalgia dengan koleksi terhad The Powerpuff Girls yang dilancarkan hujung Mac lalu.
Koleksi edisi khas ini bakal hadir dalam bentuk ‘blind pack’ – ala konsep kotak misteri, di mana isi dalamnya hanya akan terdedah selepas dibeli dan dibuka. Setiap rekaan diinspirasikan daripada tiga ikon comel kegemaran ramai: Blossom, Bubbles dan Buttercup!
Antara rekaan yang bakal mencuri perhatian:
• Awesome Blossom – Untuk si pemimpin hebat, Blossom! Tampalan ini tampil dengan rona merah menyala dan aksen merah jambu yang playful.
• No Trouble Bubbles – Bubbles si manis ceria! Rekaan ini hadir dalam warna pastel biru dan kuning yang penuh semangat riang.
• What’s Up, Buttercup? – Buttercup si paling fierce! Rekaan ini gabungan hijau limau dan hitam – sesuai untuk sembunyi jerawat degil dengan penuh gaya.
• Sugar, Spice and Everything Nice – Koleksi khas yang pasti bawa kenangan zaman kanak-kanak dan buat hati kita senyum semula.
“The Powerpuff Girls memang ada daya tarikan dan karakter tersendiri. Kami di Dododots sangat teruja nak bawa semangat trio adiwira ini ke dunia kecantikan,” kata Esther Wong, CEO Dodo Ventures dan pengasas bersama Dododots.
“Watak-watak ini memang ikonik dan digemari pelbagai lapisan umur. Kami yakin sambutan dari pengguna akan sangat positif,” tambah Ethan Wong, pengasas bersama Dododots.
Koleksi ini mula dijual bermula 25 Mac 2025 menerusi laman rasmi Dododots, platform e-dagang serta lebih 600 cawangan Guardian di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Setiap pek dijual pada harga RM18.00 / SGD$9 — sementara stok masih ada!
⸻
Tentang Dododots™
Ditubuhkan pada 2021 semasa pandemik oleh dua sahabat, Esther Wong dan Ethan Wong, Dododots lahir dari pengalaman mereka yang bergelut dengan masalah jerawat. Berbekalkan ilmu dalam bioteknologi, mikrobiologi dan biologi alam sekitar, mereka mencipta tampalan jerawat 100% hydrocolloid yang bukan je berkesan — tapi penuh gaya dan warna!
Tampalan Dododots bukan tampalan biasa. Ia diperbuat daripada material bertaraf klinikal, sama seperti digunakan selepas pembedahan. Kini, ia tersedia dalam pelbagai bentuk comel dan warna menarik — menjadikan rawatan jerawat sesuatu yang menyeronokkan.
Dododots juga telah mendapat kelulusan FDA, serta disahkan ISO dan CE, sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur. Selain dari laman web rasmi, produk ini boleh didapati melalui mesin layan diri di lokasi-lokasi popular seperti Sunway Pyramid, MyTOWN dan Plaza Singapura.
No comments:
Post a Comment