Total Pageviews

Siti Nur Atiqah Dan MRF Tampil Beri Kenyataan, Tidak Terlibat Dengan Jenayah

Satu sidang media telah diadakan pada Ahad,23 Mac 2025 oleh YM Dato Seri Paduka Diraja Dato Sri Siti Nur Atiqah Binti Dato Seri Baba dan MRF Consultant (M) Sdn Bhd (MRF) di Courtyard By Marriot Setia Alam.



Dalam sidang media itu, figura tersebut diwakili oleh Jaspal Singh sebagai peguam dan jurucakap. Berikut ditampilkan ringkasan kenyataan mereka. 

1️⃣ Keputusan Mahkamah
Pengurusan MRF mengesahkan bahawa YM Dato’ Sri Paduka Diraja Dato’ Sri Siti Nur Atiqah tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah atau dikenakan hukuman. Beliau telah memberikan kerjasama penuh sepanjang prosiding mahkamah.

2️⃣ Hentikan Fitnah & Gangguan
MRF meminta semua pihak berhenti menyebarkan fitnah, menghina, atau mengaitkan YM Dato’ Sri dengan perkara tidak benar. Jika masih berterusan, tindakan undang-undang akan diambil.

3️⃣ Tuntutan Permohonan Maaf
MRF menuntut permohonan maaf terbuka daripada pihak yang telah mencemarkan nama baik YM Dato’ Sri dan syarikat. Jika tiada tindakan, saman akan dikenakan.

4️⃣ Rumahku Syurgaku (RKSK)
MRF bersetuju untuk menyambung semula projek RKSK dengan peraturan baru dan pemantauan ketat dari pihak berkuasa. Maklumat lanjut akan diumumkan.

5️⃣ Kewangan MRF
Sumber kewangan MRF adalah sah dan telah disahkan oleh pihak berkuasa di bawah Akta AMLATFPUAA 2001.

6️⃣ Tiada Penggunaan Nama Pihak Luar
MRF menegaskan bahawa tiada individu atau organisasi lain terlibat dalam pengurusan kewangan syarikat. Jika ada pihak yang dikaitkan, sila kemukakan bukti kepada MRF.

7️⃣ Urusan Perbankan
MRF meminta kerjasama institusi perbankan untuk melancarkan proses pengeluaran dana. Jika masih ada halangan, sidang media khas akan diadakan.

8️⃣ Pinjaman Dana Tanpa Faedah
MRF akan membuka permohonan pinjaman tanpa faedah kepada pihak yang memerlukan bermula Mei 2025. Proposal dan dokumen boleh dihantar untuk penilaian.

9️⃣ Tuntutan Hak Jagaan Anak
YM Dato’ Sri akan menuntut semula hak jagaan anaknya setelah berdepan dengan tuduhan tidak berasas daripada bekas suami dan keluarganya.

🔟 Tindakan Undang-Undang
MRF akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mencemarkan nama baik syarikat serta pengasasnya.




Dalam kenyataan nya itu, MRF akan terus mengambil serius dalam pelbagai perihal dan akan terus mempertahankan integriti syarikat.


No comments: