Bufet Ramadan I-Dahlia Corner Lagi Sedap Dari Hotel!
Kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap di tengah kota raya Kuala Lumpur, Restoran I-Dahlia Corner ada berita baik untuk korang!
Tahun ini, restoran yang terletak di Jalan Persiaran Stonor mengadakan Sinar Ramadan- dari 2 Mac hingga 29 Mac, menawarkan sehingga 50 jenis menu tradisional setiap hari.
Antara menu wajib cuba ialah Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops, dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops—tiga hidangan kegemaran pelanggan setiap tahun!
Selain menu utama, korang juga boleh menikmati ayam percik, ayam masak merah, masak lemak, nasi minyak, pecal, begedil, pelbagai kuih-muih tradisional, dan pilihan air menyegarkan—semua ini pada harga RM59+ untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak (7-12 tahun), warga emas, serta OKU.
Restoran ini boleh memuatkan lebih 200 orang dalam satu masa, dan turut menyediakan ruang solat untuk keselesaan pelanggan. Menariknya, setiap malam dari 6 petang hingga 10 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu ketuhanan sambil menikmati hidangan berbuka puasa.
Bukan itu sahaja, setiap hari seorang pengunjung bertuah akan memenangi hadiah misteri yang akan diumumkan sebelum bufet tamat pada jam 10 malam!
Operasi Selepas Ramadan & Hiburan Tambahan
Selepas jam 10 malam, restoran ini akan kembali beroperasi secara à la carte. Dan selepas seminggu Syawal, I-Dahlia Corner akan dibuka seperti biasa dari 8 pagi hingga 2 pagi setiap hari kecuali Ahad.
Untuk menambah seri, persembahan busking juga diadakan setiap tengah hari—jadi korang boleh menikmati hiburan santai sambil menjamu selera!
Bagi yang belum tahu, I-Dahlia Corner mula beroperasi pada tahun 2013. Jadi, kalau anda nak pengalaman berbuka puasa yang istimewa dengan menu tradisional lazat, suasana nyaman, dan pelbagai kejutan menarik—I-Dahlia Corner adalah tempatnya.
Tidak keterlaluan jika aku katakan masakan di sini jauh lebih sedap berbanding beberapa hotel yang aku kunjungi.
Untuk memastikan tempat korang, tempahan awal amat digalakkan. Korang boleh booking sekarang melalui nombor berikut:
Tel : 012-3526397 / 017-9913907 / 03-67367641
No comments:
Post a Comment