Total Pageviews

Jujur aku cakap, setiap kali Marrybrown perkenalkan menu terbaharu semuanya kena dengan selera aku! Cakap je korean? salted egg semua yang diorang pernah buat , sedap-sedap belaka. 




Terbaru, Marrybrown menyajikan Ayam Epik untuk cita rasa rakyat Malaysia.  Kalau nak tahu, Ayam Epik yang merupakan ayam rangup pedas telah diilhamkan dari hidangan mamak dan diperap dengan adunan rempah ratus beraroma asli. 

Antaranya lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar, bawang merah, bawang putih dan banyak lagi. Aku dah rasa baru-baru ini, sedap ya!

“Marrybrown® berbangga menjadi jenama Malaysia dan kami memahami kenikmatan hidangan tempatan yang dekat di hati kita. 

Walaupun kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan, namun Ayam Epik membawa kami mengamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur. 

Ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami.” - Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®

Untuk pilihan ayam epik ini korang boleh pilih dalam beberapa hidangan. 




Pilihan kombo 2-pc Ayam Epik harga dari RM17.50,  sepinggan kombo Nasi Kari Ayam Epik harga dari RM15.90 – hidangan nasi kari yang diperkaya dengan rasa jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih, bersama papadam rangup, acar, telur rebus dan seketul Ayam Epik.




Nak burger dan ayam? Korang boleh pesan  Ayam Epik Box Meal harga dari RM19.90, set yang dilengkapi dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas, dan Fuze teh lemon ais.




Ayam Epik turut dihidangkan dalam set 3 ketul, 5 ketul dan 8 ketul, harga dari RM22.90, RM35.50 dan RM56.80 masing-masing.

Untuk rekod, Marrybrown kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara. Dah try Ayam Epik bagitau aku macam mana rasa dia okay? 

Ayam Epik Marrybrown Sedap Weh! Korang Wajib Try

by on 11.11.24
Jujur aku cakap, setiap kali Marrybrown perkenalkan menu terbaharu semuanya kena dengan selera aku! Cakap je korean? salted egg semua yang d...
Filem terbaharu di pawagam, "Mereka Yang Tertewas" dikhabarkan telah masuk beberapa pencalonan anugerah antarabangsa. 



Antaranya seperti Cannes World Film Festival, Amigo Blue Film Festival, dan Kuala Lumpur International Film Festival. Pencapaian ini telah membuktikan bahawa karya Islamik dari Malaysia ini setanding peringkat antarabangsa. 

Untuk info, “Mereka Yang Tertewas” merupakan sebuah filem Dato’ Zulkeflie M. Osman adaptasi  dari novel karya Hasanuddin MD Isa. Membariskan ramai pelakon hebat seperti  Zaidi Omar, Fiza Halim, Fad Anuar, Sherie Merlis, Adam Shariz, dan Mubarak Majid. 


Merupakan filem keluaran Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd, skrip filem ini turut mendapat sentuhan Rosman MD Shah. 

Untuk sinopsis, filem ini mengetengahkan kisah seorang lelaki bernama Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa yang berhijrah dari kampung asalnya ke Kampung Bukit Setugal untuk menyebarkan ajaran Islam.



Ia memaparkan bahawa usaha Lebai Pa untuk menyebarkan syiar Islam di Kampung Bukit Setugal ditentang oleh sebahagian penduduk kampung yang beranggapan bahawa beliau menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa. 

Namun, Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama tetap bersabar dan akhirnya dapat mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam.Ia mengetengahkan isu-isu yang berkait dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat setempat.



Mengetengahkan tema Islamik yang mendalam, pelbagai pengajaran dan tauladan bakal dilihat oleh penonton menerusi filem ini. Tidak hairan ianya diklasifikasikan sebagai filem 13 tahun ke atas. 

Untuk yang ingin menonton, Mereka Yang Tertewas kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 7 November 2024. 

Filem Mereka Yang Tertewas Masuk Pencalonan Anugerah Antarabangsa!

by on 9.11.24
Filem terbaharu di pawagam, "Mereka Yang Tertewas" dikhabarkan telah masuk beberapa pencalonan anugerah antarabangsa.  Antaranya s...