Total Pageviews

Steamboat BBQ Di i-City Gaya Picnic | ZC Yakitori Dan ZC Hotpot

Dekat area Shah Alam, sebenarnya banyak saja kedai steamboat dan BBQ. Bezanya antara mahal atau murah dan selesa atau tidak.




Untuk kali ini suka untuk aku cadangkan tempat kegemaran aku, ZC Hotpot yang terletak di City Walk i-City Shah Alam . Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut pasal ZC Hotpot, untuk pengetahuan korang restoran steamboat dan bbq di i-City ini ada buka satu lagi kedai konsep mereka.






Dikenali sebagai ZC Yakitori, dekat sini konsepnya lebih kepada BBQ Picnic. Santai weh! Bayangkan korang main bakar-bakar di tengah-tengah i-City dan berlatarbelakangkan lampu LED taman tema. Cantik! Lepas itu, ada juga live busking memang layan. 





Dekat sini, korang boleh pilih set atau ala carte macam yang cucuk-cucuk itu. Harga pun berpatutan dan banyak pilihan. Yang paling penting ianya disahkan halal.












Untuk ZC Yakitori , hanya diadakan pada setiap hujung minggu Jumaat hingga Ahad bermula jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Macam aku hari itu, ada juga try yang ala carte lepas itu naik ke tingkat 1 pula untuk makan ZC Hotpot. 




Kalau dekat sini semestinya sup mala yang paling sedap dan pelbagai sos yang boleh dibuat sendiri. 



Yang bestnya lagi dekat sini, ada bilik karaoke. Untuk tempahan bilik karaoke, ada syarat pax yang korang kena cukupkan.

So kalau korang nak makan steamboat sedap di Shah Alam, ZC Hotpot dan ZC Yakitori adalah jawapannya!

ZC Yakitori@ I-City Shah Alam
Level UG, Rose Garden, Block C, City Walk I-City
Persiaran Multimedia, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:  Setiap Jumaat-Ahad bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam

ZC Hotpot @ I-City Shah Alam
C01-01—05,First floor, Central Walk, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu Operasi:  11am – 11pm

No comments: