Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke Seremban bagi menghadiri majlis perkahwinan member aku. Alang-alang itu nak healing juga setelah 5 hari berkampung di Tanjung Malim berjemur panas.
So aku decide untuk stay di Hotel Royal Chulan Seremban. Sebelum ini hanya dengar nama, jadi aku ambil kesempatan untuk stay disini selama tiga hari dua malam.
Restoran Cina Di Hotel Royal Chulan Seremban
Aku sampai di hotel agak lewat lebih kurang jam 8 malam macam itu. So, aku decide untuk join member yang lain makan dekat Restoran Han Pin Yuen . Sebuah restoran makanan cina di Hotel Royal Chulan Seremban. Sedap semuanya, licin!
Untuk info, restoran ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin untuk makan tengah hari dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Untuk makan malam dari 6.30 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Menu yang kiteorang cuba :
- Ayam Kung Pao dengan Kacang Gajus,
- Makanan Laut Claypot dengan Tauhu Telur
- Chinese Scramble Egg
- Sayur Tumis,
- Teh Cina
Thanks MahaMahu tolong ambilkan gambar! Untuk korang yang tertanya, restoran ini mampu memuatkan hampir 80 orang dalam satu masa dan sedia untuk tempahan pelbagai acara. Menu-menunya juga pelbagai.
Besarnya Bilik Hotel Royal Chulan Seremban!
Dah makan, time to check in. Bila masuk bilik dia, tergamam sekejap. Mana taknya, bilik besar betul! Itu dah masuk katil saiz king, lengkap dengan wing chair dan beberapa perabot lain . Bilik air pula siap dilengkapi bathtub.
Patutlah orang cakap, bilik-bilik di Hotel Royal Chulan Seremban bersaiz besar. Satu lagi yang aku suka adalah Muslim Friendly. Setiap bilik disediakan sejadah yang bersih dan senaskhah Al-Quran.
Breakfast Dan Hi-Tea Di Restoran Asiatique
Keesokan harinya, aku breakfast di Restoran Asiatique. Bagi aku pilihan makanannya sama seperti kebanyakan hotel yang lain. Macam aku, akan tanya apa signature atau cari apa menu yang bagi aku sedap.
So, aku rasa menu roti jala dengan kari yang pekat antara korang patut cuba. Hotel Royal Chulan Seremban patut kekalkan menu ini all the time!
Hi-tea dia pun aku berkesempatan untuk cuba. Agak meriah dan ramai ya! Barangkali harganya yang sangat berpatutan membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk makan disini. Makanan pun boleh tahan sedap.
Tempat Menarik Di Seremban
Since aku decide nak tour Seremban, aku difahamkan yang hotel ini berdekatan dengan banyak tempat menarik. Antaranya seperti Lorong Seni, Muzium Negeri dan Galeri Diraja Tuanku Jaa'far .
Naik PD Cruise!
Selain itu, memandangkan Seremban berada dekat dengan Port Dickson, aku berkesempatan untuk menaiki cruise.
Untuk pakej Cruise bawah Hotel Royal Chulan, korang akan dapat pengangkutan ke jeti laut bersama set makan malam.
Walaupun cruise bukan yang besar warna putih macam korang tengok itu tapi bagi aku ia agak menyeronokkan. Mana taknya, selain daripada menghayati pemandangan matahari terbenam korang juga boleh merasa sea jacuzzi di belakang cruise selama hampir setengah jam.
Malah, korang juga berpeluang untuk melakukan aktiviti karaoke di atas cruise secara percuma.
Waktu nak balik ke hotel itu, kiteorang sempat juga singgah ke Masjid Sri Sendayan yang terkenal dengan kecantikannya.
Kolam Renang Besar Dan Cantik
Keesokan harinya sebelum check out, kiteorang ke kolam renang. Diorang je lah yang mandi sementara aku hanya bersantai di tepi. Bagi aku, kolam dia agak besar dan cantik. Ada kolam untuk dewasa dan kolam untuk kanak-kanak.
Anyway kalau dah nama pun kolam renang mesti kanak-kanak suka bukan? Jadi, apa kata korang ambil kesempatan ini dengan menginap di Hotel Royal Chulan Seremban pada 9 dan 10 November 2024. Ini kerana hotel ini akan adakan Children's Day Festival.
Macam-macam aktiviti akan diadakan seperti pertandingan mewarna, fashion show kanak-kanak, pertandingan lego, pertandingan menari dan menyanyi, dan banyak lagi.
Selain itu, untuk Ibu bapa pula ada cabutan bertuah dan beberapa aktiviti lain. Berminat? Daftar di 6016-9209880 atau email childrendayrcs24@gmail.com.
Kalau ditanya aku akan repeat untuk check in ke sini? Why not! Selesa dan lokasi yang strategik.
Untuk tempahan korang boleh rujuk maklumat yang tertera :
Royale Chulan Seremban
Jalan Dato’ A.S. Dawood, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia
Tel : 606 766 6666
Fax: 606 766 6000
Email: booking.rcs@royalechulan.com
enquiry.rcs@royalechulan.com