Total Pageviews

BBQ Buffet Dinner Di Hotel The Pearl Sesuai Bersama Keluarga

Selalunya bila aku makan malam di kebanyakan hotel mesti teringatkan keluarga. Manakan tidak, inilah masa yang sesuai untuk luangkan masa bersama, pasti meriah bersembang sambil makan. 




Kalau keluarga duduk berhampiran pasti aku akan jadikan sebagai aktiviti bulan. Untuk korang yang duduk di Lembah Klang, khususnya Jalan Klang Lama nak buat aktiviti sama seperti aku korang boleh pilih The Pearl Kuala Lumpur. 

Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk ke The Pearl untuk mencuba hidangan bufet bertemakan “King of Grill BBQ Buffet Dinner". 

Aku difahamkan yang menjadi tumpuan utama semestinya ialah aneka hidangan di ruangan King of Grill dengan pelbagai pilihan seafood yang diperap menggunakan ramuan istimewa dan digrill dengan sempurna.

Istimewanya BBQ Buffet ini menawarkan harga yang cukup berpatutan iaitu " 

Dewasa: RM118+ 
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM68+ 

Selain itu, untuk mereka yang hadir ketika bulan kehadiran akan nikmati hidangan BBQ bufet secara percuma dengan setiap pembelian 1 dewasa • (One-time redemption only) . Untuk promosi lain, Kanak-kanak makan secara percuma bagi setiap pembelian 2 dewasa dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah juga akan menikmati BBQ buffet secara percuma. 

Ada lagi! Pelanggan yang berusia 60 tahun dan ke atas termasuk orang kurang upaya akan menikmati diskaun sebanyak 20%. Selain itu,  sekiranya korang datang bersama rakan-rakan seramai 4 orang atau lebih sewaktu bulan kelahiran korang, jangan lupa untuk dapatkan promosi menarik: 20% diskaun untuk second visit 30% diskaun untuk third visit..

Jadi apa yang menarik disini?    Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan istimewa untuk dipilih. Antara menu seafood Grill yang wajib korang cuba ialah Mongolian Lamb Shoulder, Paprika with herb Mini Beef Steak, Ginger Chilli Butter Fish wrapped in banana leaf, Korean-style boneless chicken, Kam Heong Squid, Smoked BBQ Tiger Prawns, Cajun Green Mussels, Chicken Beef sausages yang digrill dengan sempurna. 




Selain daripada hidangan seafood segar yang digrill sempurna, The Pearl juga turut menyajikan sajian Jepun yang lazat seperti Live cooking Chicken & Beef Teppayanki, Salmon Sashimi, Miso Sup, Chawanmushi, Japanese Gyoza. 







Turut disediakan ialah aneka pembuka selera, aneka salad, oyster segar, Pizza, menu utama, pencuci mulut dan pelbagai menu menarik yang lain! 

Selain itu terdapat juga : 

  • Japanese culinary spread 
  • Satay celup counter 
  • Noodle station 
  • Oriental corner 
  • Fresh oyster, poached prawns, Green Mussel, White Clam, Crab
  • Portugese-style grilled whole fish 
  • Chicken satay pizza, classic Hawaiian pizza, Vegetarian pizza
Menarik bukan? Masa aku pergi hari itu penuh ya. Jadi korang digalakkan untuk membuat tempahan segera! 

Masa: 6.30pm – 10.00pm 
Setiap hari jumaat dan sabtu 
Lokasi: Melo Café & Deli, level 5 The Pearl Hotel Kuala Lumpur Batu 5, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Malaysia 

No comments: