Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Izinkan aku menulis sesuatu yang agak peribadi di sini setelah sekian lamanya.
|
Gambar sekadar hiasan. Bukan sponsored post ye! |
Actually perasaan dilema terus bermain dalam fikiran aku mengenai dunia blogging, hubungan dengan rakan-rakan dan juga untuk teruskan kehidupan. Sounds serious right? LOL
Kalau dahulu orang berblogging lebih ke arah peribadi, boleh tulis apa sahaja yang kita mahukan dan luahkan tetapi dengan peredaran zaman, blogging kini lebih menjana income dan tersenarai sebagai media.
Ya perkataan media ini sebenarnya agak sensitif bagi sesetengah pihak, ada yang mengiktiraf dan ada yang tidak. Aku malas nak mengulas panjang, tetapi blog ini adalah identiti aku sejak 14 tahun yang lalu.
Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak. Sejak aku bergelar guru ini, masa teramat sibuk dan terasa begitu singkat.
Ramai yang cakap untung jadi cikgu balik awal. Hakikatnya, apabila pulang ke rumah kerja sekolah yang tidak selesai perlu disiapkan, ada masa free pun itulah untuk qada balik penat lelah menghadap perangai anak-anak di sekolah.
Begitu juga dengan blog ini. Suatu ketika dahulu aku pernah letakkan benchmark seminggu sekurangnya 4 kali akan aku update. Namun kini, bukan setakat seminggu kadangkala nak capai sebulan sekali pun dah macam satu kejayaan.
Persoalannya di sini adakah aku patut berhenti blogging? Sepertimana rakan-rakan seperjuangan lain ramai juga yang telah berhenti menulis.
Buat mereka yang masih teruskan dan menjana pendapatan disini, tahniah aku ucapkan dan aku doakan semoga kalian akan terus murah rezeki.
Untuk perjalanan hidup aku dan blog ini? Aku telah putuskan akan teruskan menulis dan menulis. Aku tak akan berhenti meski suatu hari nanti mungkin tiada orang akan baca blog ini. Tidak mengapa...
Blogging adalah satu hobi dan minat aku. Dari sini aku mengenal kalian yang kini menjadi rakan-rakan, dengan blog ini juga aku mencari dan mendapat rezeki dan dengan blog ini juga tercetus nama yang kalian kenali.
Cuma selepas ini, kemungkinan besar Blog Budak Pacak akan kembali menjadi penulisan peribadi seperti sebelum ini, tempat aku kongsikan perjalanan sebagai seorang guru.
|
Hasil kenalan dari dunia blogging. Rezeki anak-anak murid |
Buat yang terasa hati kerana tidak dapat luangkan masa atau menolak pelawaan kalian, mohon maaf dari insan yang kerdil ini. Kerdil ke? Hahaha!
Bagaimana pula dengan review dan sebagainya? Insyallah aku masih lagi terima jemputan dan membuat ulasan. Namun, penulisan tersebut akan dikongsikan di sebuah platform yang lebih formal dan komersial sesuai dengan permintaan kini. Akan aku kongsikan kelak.
Harapan aku agar aku mempunyai masa untuk terus menulis dan kongsikan kepada kalian. Ok bye nak sambung makan mi segera.