Total Pageviews

Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ Masih Antara Yang Termurah?

Kalau korang follow blog aku dari awal pembabitan mesti pernah terbaca mengenai Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ yang pernah aku tulis suatu ketika dahulu.



Sekitar tahun 2014, aku bertuah kerana menjadi antara kelompok pertama yang buat ulasan mengenai kedai steamboat terkenal ini. - Baca sini 

Siapa sangka bermula dari dua cawangan, kini setelah 10 tahun Restoran Pak John telah meluaskan cawangannya di dalam beberapa pusat membeli belah terkemuka.

Dengan enam cawangan yang terletak di pusat membeli-belah terkemuka di seluruh Malaysia, termasuk Great Eastern Mall, IOI City Mall, Tropicana Gardens Mall, Suria KLCC, Aeon Kota Bharu dan Aeon Mall Shah Alam, Pak John telah menjadi sebuah jenama terkenal dikalangan penggemar makanan steamboat, dim sum dan barbeku di Malaysia.

Baru-baru ini ,aku berkesempatan untuk menikmati hidangan yang ada di sana ternyata harga Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ boleh dikatakan antara yang termurah berbanding pesaingnya. 


Untuk pengetahuan korang, Pak John menyediakan pelbagai pilihan menu untuk pelanggannya, dengan lebih daripada 120 pilihan tersedia.

Untuk 'Steamboat', korang boleh memilih daripada lima jenis sup 'home made' yang berbeza, seperti sup berperisa tom yam, ayam, ikan, udang, dan kimchi, digandingkankan dengan pilihan ayam, daging lembu, atau makanan laut dalam pelbagai jenis perapan, serta sayur-sayuran segar, dan pilihan sos pencicah yang disediakan secara 'home made'.




Menariknya lagi, untuk setiap hidangan set 'steamboat' dan gril didatangkan dengan dua pilihan sup.


Selain itu, tersedia pelbagai jenis hidangan seperti hidangan panas, masakan bergoreng, surimi, mi, pencuci mulut, dim sum, sushi dan banyak lagi.







Dekat Pak John, turut menawarkan pilihan daging hirisan premium termasuk ayam, daging lembu, kambing, itik salai dan abalon. Selain harga yang berpatutan, di Pak John juga sering menawarkan pelbagai promosi.




Antaranya yang sedang giat dijalankan adalah tawaran "Beli 6 Percuma 1" serta diskaun harga makan tengah hari untuk pelajar. Pak John Halal ke tidak? Jawapannya adalah halal!

Pak John telah dianugerahkan pensijilan halal JAKIM pada 5 Januari 2015, menjadikannya sebagai tempat makan yang ideal untuk pelanggan Isla dan turut menerima Sijil Penilaian Kebersihan Premis Makanan Gred A.

So kalau korang nak makan aneka steamboat dan grill jangan lupa untuk ke Restoran Pak John Steamboat, Dim Sum & BBQ.

No comments: