Total Pageviews

Buffet Ramadhan Harga Bawah RM90 Di Selangor | Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong

Korang! Nikmati 80 jenis hidangan dan lebih dari 12 Gerai Live Cooking sempena Buffet Ramadhan 2024 di Dewan MBSJ PU7 by Lugar De La Boda, Puchong. 




Kalau korang nak tahu,buat julung kalinya Lugar De La Boda akan bertukar lokasi dari Dewan Lugar De La Boda ke lokasi baru di Dewan MSBJ Puchong Utama7 (Waze : Dewan MSBJ PU7). Ia hanya 1.2 km dari Dewan Lugar De La Boda. Untuk ramadhan kali ini, Lugar De La Boda akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-7 di Dewan MSBJ PU7, Puchong. 



Aku pun antara yang hampir setiap tahun ke sini. Insyallah, semuanya sedap belaka masih teringat akan sambal sotongnya harap tahun ini ada lagi. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. 










Buffet ramadhan harga bawah RM90 di Selangor ini bermula dari 15 Mac 2024 (Jumaat) hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar kawasan dewan.


Kenapa Perlu Pilih Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7?



Antara sebab kenapa korang perlu berbuka puasa dengan buffet ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda Puchong ini :

- Makanan memang sedap (terutamanya lamb grill yang unlimited tau)

- Dewan yang berhawa dingin

- Parking yang luas dan dekat

- Perkhidmatan rela untuk mengawal lalu lintas ( 300 pax keatas)

- Dewan yang luas boleh memuatkan sehingga 600 pax

- Gerai makanan ada di luar dan juga didalam dewan

- Kerusi bayi disediakan (1st come 1st serve)

- Pelbagai jenis menu yang memang menepati citarasa korang


Senarai Menu Buffet Ramadhan Di Dewan MSBJ PU7

Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari.









Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'live cooking' yang korang wajib cuba :

-  Lamb grill live - menghidangkan kambing grill hanana bersama coleslow dan sos black pepper'

-  Special stall : live kuih badak berendam & juga kuih onde2

- Noodles : mee kari chinese style/mee bandung/mee rebus /soto /bihun sup

- Stall Aiskrim


 Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuey Teow, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain.


Selain itu, korang bakal menikmati pencuci mulut seperti bubur of the day, buah-buahan tempatan, kuih-muih melayu, pelbagai jenis kek dan beberapa hidangan lain.


Harga Buffet Ramadhan Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda


Korang boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadhan puchong - Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :


Dewasa  - RM85 (Seorang)

Kanak-Kanak (Bawah 11 Tahun) - RM49 (Seorang)

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)


Special Price : 10 Pax RM 75 Seorang ( Dalam 1 Resit Rm750 Sahaja)


* Percuma Kepada Sesiapa Yang Hari Lahirnya Jatuh Pada Hari Tersebut. (Sila Tunjukan Kad Pengenalan Ketika Pendaftaran)


Untuk tempahan buffet ramadhan Puchong 2024 di Dewan MSBJ PU7 by Lugar De La Boda, korang boleh ke link ini : https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanmbsj2024 , atau sila hubungi : 


Zuraini - 0163111074

Liana -   016-4318434

Shaidatul - 0166700473

Kak Lin – 017-2345297

Website : www.hananagroup.com

tiktok : https://www.tiktok.com/@hananastation


Hashtag :

#buffetramadhan #iftarramadhan #bukapuasa #ramadhan #buffetramadhan #buffetramadhan2024 #buffetlugardelaboda #ramadhantiba

#buffetramadan #buffetramadhanpuchong #buffetramadhanhanana #iftarramadhan #iftar #ramadhanditiktokshopping #ramadhantiba


No comments: