Buffet Ramadan Murah : Grand Pacific Ballroom Evolve Mall
Buat korang yang tinggal di kawasan Ara Damansara, Subang atau berhampiran yang ingin mencari Buffet Ramadan murah boleh cuba di Grand Pacific Ballroom yang terletak di dalam Evolve Concept Mall.
Kalau soal buffet ramadan ini, secara peribadi aku tekankan tiga perkara; harga yang berpatutan, keselesaan dan kesedapan makanan. Untuk Grand Pacific Ballroom ini bagi aku not bad sebenarnya. Sebagai info, buffet ramadan kali ini diuruskan oleh GPB MARKETING & MANAGEMENT gabungan antara
Makngah Catering & Khm Wedding
Dengan harga dewasa RM88, kanak-kanak RM48,
warga emas dan OKU RM68 masih boleh dikatakan berpatutan apatah lagi dengan dewan yang besar, eksklusif, selesa dan berhawa dingin.
Untuk korang yang inginkan harga early bird sebanyak RM78 seorang, tempahan minima 200 pax diperlukan. Bagi aku sebenarnya penganjur boleh tawarkan harga promosi early bird ini untuk tempahan awal berbanding dengan tempahan yang agak berskala besar.
Dari segi makanan, tema yang diperkenalkan adalah Selera Orang Kita dengan lebih 60 menu tersedia.
Antara menu yang menarik adalah Nasi Kenduri dengan menu pilihan Nasi Beriani Mak Ngah, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca Sayuran, Jelatah Nenas dan Acar Buah. Daging Masak Hitam dia sedap, dua kali aku tambah!
Selain itu, ada juga hidangan panas seperti Noodle Stall, Pasta Stall dan Grill Stall. Dekat sini kalau korang nak makan Mee Kari, Kambing Bakar dan banyak lagi boleh dapatkannya.
Aneka gorengan pun ada. Nak cucur udang, cucur bawang atau keropok lekor? Semuanya ada!
Grand Pacific Ballroom boleh memuatkan 700 tetamu
dalam satu satu masa dan dilengkapi fasiliti seperti ruang tempat kereta yang banyak, tandas
yang bersih, dan surau yang selesa di Tingkat 2.
Untuk info lain, ballroom ini juga sesuai untuk semua jenis majlis termasuk
korporat , perkahwinan, seminar dan semua majlis.
Untuk pakej perkahwinan, ada pakej lengkap disediakan termasuk
ballroom, katering, dekorasi pelamin, fotografi, PA system
dan emcee, serta event coordinator yang akan
mengendalikan majlis perkahwinan korang.
Terdapat dua pilihan konsep katering iaitu secara buffet
ataupun secara hidang. Harga pakej diorang bermula dari
RM43500 untuk 500 tetamu, dan RM51000 untuk 300
tetamu secara hidang.
Difahamkan sempena 'open day' diorang, ada diskaun sehingga 10k disediakan untuk pakej pilihan. Untuk tempahan atau pertanyaan korang boleh hubungi :
013 610 1329 – Fazi
016 8734032 – Khairul
017 3201292 – Adibah
No comments:
Post a Comment