Suria FM Cipta Rekod Lagi! Kali Ini Dalam Triton Digital
Pencapaian pertama Suria FM sebaik sahaja tirai 2024 dibuka. Buat julung kalinya, Suria FM menduduki ranking ke-30 dalam senarai "Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global" oleh Triton Digital, baru-baru ini.
Suria FM berjaya catat sebanyak 10,771 ribu AAS (average active sessions), 2.6 juta SS (session starts), dan 1.18 ATSL (average
time spent listening) pada setiap hari Isnin
hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi
sehingga 8.00 malam.
Manakala setiap Isnin hingga
Ahad dari jam 6.00 pagi sehingga
12.00 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS (average active sessions), 4,4 juta SS (session starts), and 1.01 ATSL (average time spent listening).
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa
syukur diatas pengiktirafan dan kejayaan Suria dalam menduduki kedudukan ke-30
teratas bagi keputusan Penstriman Digital Triton Global yang dikeluarkan.
“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga
satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus
menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya
buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain.”
Penarafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan
penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain
yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak
lagi. Ia juga sekaligus meletakkan Suria FM sebagai salah satu saluran digital
kreatif pilihan ramai.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media
sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l
TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia
No comments:
Post a Comment