Shuib Ucap Selamat Tinggal Kepada Suria FM
Keputusan berdasarkan kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023. Suria Cinta kelolaan DJ Lin masih ungguli ‘takhta’ catat jumlah masa mendengar mingguan tertinggi (Weekly Time Spent Listening) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 3 jam 5 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.
Lebih menarik, segmen dihoskan oleh Cik Piah, Gaya Suria (10.00 pagi - 1.00 petang) dan Muzik Top Suria (1.00 petang – 3.00 petang), juga segmen Suria Petang kelolaan Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara dan Tyzo (3.00 petang - 7.00 malam) bersiaran sepanjang Isnin hingga Jumaat kesemuanya turut berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa melayu* sebanyak 2 jam 4 minit (Gaya Suria), 1 jam 46 minit (Muzik Top Suria) dan 2 jam 22 minit (Suria Petang).
Manakala segmen seperti Morning Morning Suria gabungan Ajak, Shuib dan Suraya sepanjang Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi merekodkan jumlah masa mendengar kedua tertinggi di kalangan 4 stesen radio berbahasa Melayu* sebanyak 2 jam 22 minit.
Menurut DJ Lin, dia meluahkan rasa syukur, diatas keputusan kaji
selidik yang dikeluarkan pada baru-baru ini kerana Suria berjaya mengekalkan
jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan 4 stesen radio komersial berbahasa
melayu yang lain.
“Suria FM baru sahaja
menyambut ulang tahun ke-16 pada 24 November 2023 dan keputusan
bagi Wave 2, 2023 kali ini merupakan hadiah bermakna buat seluruh warga Suria
FM. Terima kasih kepada semua pendengar yang masih menyokong dan memilih Suria
sebagai radio pilihan di hati mereka dan menjadikan kami kekal relevan di
industri radio sehingga kini.”
Suria FM juga
membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan
ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia dan
YouTube Suria TV sebelum ini berjaya meraih hampir tiga juta pengikut.
No comments:
Post a Comment