Total Pageviews

Suria FM Catat Sebuah Lagi Malaysia Book Of Records, Beri Sumbangan Kepada Palestin

Stesen radio Suria FM terus mekar mencipta pelbagai pencapaian bagi tahun 2023 sebagai tanda penghargaan mereka kepada para pendengar setia.




SuriaVolusi the Curve & SuriaVolusi Kelantan


Lokasi pertama Suriavolusi di pusat beli-belah the Curve, Mutiara Damansara yang diadakan pada 21 Oktober 2023 yang lalu telah mencuri tumpuan hampir 3,000 pengunjung yang hadir memberi sokongan. 




Dalam acara itu, Suria FM dan AC Gas turut berbesar hati menyumbang sebanyak RM 11,000 ke Tabung Bantuan Khas Palestin, kelolaan Yayasan Nurjiwa dengan kerjasama organisasi Kita Fund.



Susulan daripada itu, barisan penyampai Suria FM dan pihak AC Gas telah mengadakan pertemuan bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi menyerahkan sumbangan tersebut.





Dalam perkembangan lain, jelajah SuriaVolusi turut ke Kelantan bagi mendekati pendengar-pendengar disana.

Beri Sumbangan

Konsert yang bermula seawal jam 10 pagi itu menyajikan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, penyerahan sumbangan sebanyak RM 7,000 kepada beberapa badan organisasi seperti Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al-Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.


 Selain itu, pengunjung turut dihiburkan dengan beberapa aktiviti pentas juga persembahan dari barisan artis tanah air seperti Azlan and The Typewriter, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow. 

Lebih menarik, Suriavolusi di Kelantan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan, YB Hilmi Bin Abdullah. 


Seterusnya, Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Haji Abdul Shakur turut hadir memeriahkan acara dengan memberikan perkongsian dan pendedahan mengenai misi bantuan mereka buat rakyat Palestin.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, beliau merasa sangat terharu dengan sambutan hebat dari warga Kelantan yang hadir memeriahkan acara di KB Mall, Kelantan.

“Suriavolusi telah berakhir dengan cukup meriah di Kelantan walaupun terdapat beberapa syarat dan sekatan oleh pihak kerajaan negeri yang perlu dipatuhi. 

Mewakili Suria FM, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam atas kerjasama yang diberikan juga terima kasih buat semua pengunjung yang hadir dan sudi meluangkan masa berhibur sambil menyumbang menerusi Tabung Cakna Palestin di lokasi akhir Suriavolusi pada sabtu lalu”.

“Alhamdulillah, kami bersyukur apabila jalinan kerjasama bersama AC Gas dipermudahkan melalui konsert Suriavolusi ini. Ia sangat bermakna dan satu kelainan yang Suria FM tonjolkan kerana ianya merupakan sebuah konsert berteraskan klien dan dibuat khas untuk AC gas. Semoga lebih banyak jalinan kerjasama di masa mendatang

Cipta The Malaysia Book of Records’ Bersama ERA

Seterusnya, Suria FM sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkolaborasi bersama stesen radio ERA yang telah berjaya meraih pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBR) sebagai ‘Kolaborasi Rangkaian Radio Silang Pertama untuk Menyiarkan Siaran yang Sama Secara Serentak’ menerusi penjenamaan ERA Suria, Disini Segalanya Terkini diinspirasikan oleh CelcomDigi.



Sejarah tercipta menerusi gabungan segmen pagi ‘Morning Morning Suria’ dan ‘3 Pagi ERA’ kelolaan Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin yang bersiaran secara langsung pada 23 Oktober 2023 lalu (Isnin) dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi telah membincangkan topik ‘Dulu Kawan, Sekarang Lawan & Dulu Lawan, Sekarang Kawan’


Majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ itu telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pemasaran MBR, Jeska Seah, Perunding Rekod Kanan MBR, Siti Hajar Binti Johor kepada DJ Lin dan Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA dengan bersaksikan lebih 170,000 penonton sekaligus berjaya meraih sebanyak 4.3 juta ‘likes’ di siaran langsung ‘Tiktok’ Suria Malaysia dan ERA.



“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ pada hari ini menerusi gabungan dua segmen pagi di Suria dan ERA. Kami abadikan pengiktirafan ini sebagai sebuah sejarah dalam industri radio Malaysia kerana ini merupakan satu konsep dan landskap baru dalam industri radio tanah air.

 Mudah-mudahan ia mampu memberi inspirasi kepada penggiat industri radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama mungkin dalam cara yang berbeza untuk terus memeriahkan industri ini agar terus berkembang maju”
“Diharapkan melalui jalinan kerjasama bersama ERA, mampu menghasilkan satu perpaduan yang lebih utuh dan semoga lebih banyak kolaborasi di masa mendatang. Suria FM akan terus memberi sokongan kepada segala inisiatif baik yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat khususnya buat para pencinta radio. 

Sekali lagi, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ERA atas jalinan kerjasama baik ini”. ujar DJ Lin

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka dan berharap kolaborasi ERA dan Suria FM ini terus menjadi perintis dalam mengubah landskap audio tempatan. Terima kasih juga diucapkan kepada Malaysia Book of Records atas pengiktirafan yang diberikan dan diharap semua rakyat Malaysia dapat menikmati pilihan radio yang pelbagai dan relevan daripada kami." ujar
 Hani Fadzil selaku Pengurus Kandungan ERA 

Untuk info, ini adalah rekod kedua Suria FM berjaya capai di dalam The Malaysia Book of Records. Sebelum ini, stesen radio kesayangan ramai itu telah mencipta rekod sebagai stesen radio pertama Malaysia yang bersiaran secara langsung di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream.

Rekod tersebut berjaya disempurnakan melalui segmen Morning Morning Suria selama dua jam bermula 8 hingga 10 pagi dikendalikan oleh penyampai radio Suraya, Ajak dan Shuib.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia

No comments: