Total Pageviews

Nasi Ayam Pak Mal Ada Jual Jus Cempedak Pertama Di Malaysia!

Kalau orang tanya tempat makan mana yang wajib korang try jika datang ke Shah Alam, salah satunya adalah Restoran Nasi Ayam Pak Mal Seksyen 10 Shah Alam. 



Terkenal dengan Nasi Ayam, restoran ini juga menyajikan pelbagai jenis menu yang lain. Antaranya seperti Laksam, Laksa Siam, Cempedak Goreng dan Jus Cempedak. 




Aku dah cuba semua menu ini, semuanya sedap! 

Yang paling menarik, sudah tentu Jus Cempedak. Menggunakan 100% buah Cempedak asli bersama susu, jus ini memang padu weh rasa lemak-lemak manis gitu.



Aku difahamkan ini merupakan Jus Cempedak pertama di Malaysia. 

Kalau nak tahu, Nasi Ayam Pak Mal ini sudah lama bertapak di Shah Alam sejak era 80-an lagi. 





Selain di Seksyen 10, restoran ini juga mempunyai cawangan di 'food court' Seksyen 11 Shah Alam. Pendek kata, ini adalah antara restoran paling lama di Shah Alam. 

Pemilik yang merupakan generasi kedua Pak Mal

Untuk korang yang nak tempah pun, siap tersedia untuk pelbagai jenis acara. Restoran Nasi Ayam Pak Mal beroperasi setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula pada jam 7 pagi sehingga 7 petang. Jadi tak tahu nak makan apa, jom ke sini!

Restoran Nasi Ayam Pak Mal
No 2, Jalan Selendang 10/2
40100 Shah Alam, Malaysia
8:00 am - 11:30 pm

Tel :  +6019 660 9669 / +6019 6689669

No comments: