Total Pageviews

Rendang House SS15 Sajikan Pelbagai Jenis Rendang!

 Bercakap mengenai SS15, Subang Jaya mesti sedia maklum bahawa dekat situ sememangnya terkenal sebagai port makan. Salah satu daripadanya adalah Rendang House. 




First time masuk ke restoran ini, teruja tengok konsepnya seperti sebuah kopitiam.Malah pelanggan pula terdiri daripada semua kaum. 




Tengokkan pada menunya, semuanya berkaitan dengan rendang. Memandangkan kiteorang datang bertiga, banyak jugalah menu yang order.

Untuk menu utama kiteorang order Bihun Siam Lemongrass Fried Chicken, Nasi Lemak Chicken Rendang dan Nasi Lemak Australian Fed Beef Rendang. 



Bihun Siam tu unik betul rasa dia bila makan dengan sambal veggie, sampai minta refill sambal! Sedap, sebab dia campur bunga kantan dan terasa bila makan. 


Nasi Lemak Chicken Rendang pula portion dia besar, aku rasa makan dua orang pun boleh. Untuk Beef rendang, dagingnya lembut betul so tak perlu risau. 


Menariknya dekat sini, sambal, ikan bilis dan kacang korang boleh minta refill secara percuma. 

Untuk pencuci mulut, kiteorang order Crunchy Cucur Udang dengan Banana Puff. 


Macam aku tak suka sangat kalau cucur tu dibuat crispy sebab aku suka makan yang tebal tetapi member aku suka je. 

Banana Puff pula unik ya! Sedap rupanya kalau sebelum ini kita makan inti kentang tetapi kali ini makan inti pisang pula.


Dah makan, of course tak lengkap tanpa minuman kan? Untuk aku, order Signature White Coffee. Sedap weh! Secawan tak cukup kata orang, Member aku pula order Ice Cham, pun dia kata sedap! 




So lepas ini kalau korang ke SS15, make sure singgah Rendang House okay? Boleh lepak-lepak juga dekat sini. 


Rendang House
24, Jalan SS 15/4d, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor


No comments: