Kieslect Calling Watch KS Berbaloi Untuk Dimiliki!
Buat yang mengenali aku, pasti sudah mengetahui bahawa aku merupakan seorang pencinta jam tangan. Ketika ini aku sudah mempunyai 11 pasang jam tangan termasuk yang terbaharu, Kieslect Calling Watch KS.
Untuk pengetahuan korang, Kieslect Calling Watch KS ini merupakan jam pintar yang keempat aku dan tidak keterlaluan jika aku katakan merupakan jam kegemaran aku ketika ini meski mempunyai jam berjenama mewah.
Ada pelbagai kelebihan yang aku suka pada jam ini apatah lagi jam pintar lain tidak mempunyai kelebihan sepertinya. Seperti namanya. Kieslect Calling Watch KS, jam ini sememangnya mendahului dari segi perhubungan.
Menjawab telefon, membaca mesej, serta boleh terus mendail dengan paparan yang jelas sememangya membuatkan sesiapa sahaja yang memakainya jatuh cinta.
Jawapan kepada ini adalah kerana Kieslect Calling Watch KS dilengkapi fungsi Bluetooh 5.2 sekaligus membolehkan pengguna menjawab sebarang panggilan dengan jelas.
Selain itu, ciri yang aku suka pada jam ini adalah kita boleh mendengar secara terus muzik dan pelbagai bunyi yang lain padanya. Yang paling penting tarikan jam ini pada tali/strap nya yang pelbagai warna dan mempunyai 7 pilihan kombinasi warna.
Bagi setiap pemilik Kieslect Calling Watch KS, akan dibekalkan dua pasang tali berwarna kuning dan jingga serta hitam. Menariknya, korang boleh cabut dan padankan mengikut kegemaran korang serta yang paling penting ia adalah sebuah tali magnetik yang kuat!
Kelebihan Kieslect Calling Watch KS
- Mempunyai paparan 1.78" Ultra AMOLED
- Dilengkapi peringatan nadi jantung sekiranya berada dalam keadaan tidak normal
- Mempunyai paparan Dynamic UI
- Kuasa bateri sebanyak 330 mAh
- Dilengkapi paparan pantas (quick view)
- Mempunyai AI Voice Assistant
- Dilengkapi pilihan 100 mod sukan
- Badan jam diperbuat daripada luxury metal
- Kalis air IP68
- Dilengkapi kalkulator
- Dilengkapi permainan
- Dilengkapi fungsi pemantauan tidur
- Dilengkapi fungsi latihan pernafasan
- Dilengkapi fungsi ujian stress dan emosi
- Dilengkapi fungsi AOD- Always On Display
- Boleh digunakan oleh pengguna Android dan iPhone
- Waranti dan servis teknikal selama 1 tahun
- Mempunyai aplikasi Kieslect di IOS dan Play Store
Pengalaman Memakai Kieslect Calling Watch KS
Setakat ini aku sangat berpuas hati memiliki Kieslect Calling Watch KS apatah lagi fungsinya yang pelbagai. Malah aku kagum dengan pilihan aktiviti sukan yang begitu banyak.
Biarpun begitu, ada beberapa pendapat yang ingin aku cadangkan.
Sebagai contoh, selepas ini mungkin boleh didatangkan dengan pilihan lebih banyak warna tali seperti mana jenama jam pintar yang lain. Overall aku suka dengan jam ini apatah lagi harga nya juga mampu milik!
Untuk korang yang ingin beli Kieslect Calling Watch KS boleh dapatkan di Shopee - https://shopee.com.my/kieslect.os .
Berita baik untuk korang, ada diskaun untuk dapatkan jam ini! Caranya masukkan kod baucer di bawah. Untuk wanita, korang juga boleh dapatkan satu lagi jam Kieslect iaitu Kieslect Lady Calling Watch Lora. Kedua-dua jam ini ada diskaun ya.
Kieslect Calling Watch KS - Voucher RM10 : KIESKS
Kieslect Lady Calling Watch Lora - Voucher RM5 :KIESLORA
Trivia Mengenai Kieslect
- Mula diperkenalkan pada tahun 2017
- Memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara.
- Produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKC
Untuk maklumat lanjut, layari :
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR
TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
No comments:
Post a Comment