Total Pageviews

Paling Meriah! Lebih 10,000 Pengunjung Hadiri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Di Tropicana Gardens City Mall

Meskipun bertembung dengan pelbagai acara pada Sabtu lalu, namun konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya berlangsung dengan meriah. 




Setelah menjelajah ke tiga lokasi sekitar Selatan, Utara dan Pantai Timur, jelajah tersebut akhirnya melabuhkan tirai di lokasi terakhir yang  dibanjiri lebih 10,000 pengunjung. 




Dalam konsert itu lebih 10 persembahan mantap daripada barisan artis popular seperti Fauziah Dato Ahmad Daud (Ogy), Newboyz, Misha Omar, Akim & The Majistret, Muss, Alif Satar & The Locos, Dolla, Hasif Upin, Venus, Airliftz, Amsyar Leee, Iss Arffan, Aliff Iskandar, Aufahanie, Rief Danial dan Amir Hasan telah dipersembahkan. 



Sebelum itu, persembahan telah dimulakan dengan Kumpulan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)  menerusi ‘Tarian Silat’ dan ‘Gamelan Fusion’.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, “Alhamdulillah, Jelajah Suria sesi pertama bagi empat lokasi telah selamat disempurnakan dengan sambutan luar biasa dari para peminat Suria FM yang lama juga pendengar baru yang turut berkunjung bagi memeriahkan acara”

“Saya mewakili Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir kerana sudi meluangkan masa serta sanggup merentas ‘jammed’ dari seluruh negeri sekaligus ini menjadi inspirasi buat kami untuk terus melakukan yang terbaik buat pendengar yang kami sayangi”.

Tambah Dj Lin dia turut terharu dan sebak apabila cabutan bertuah motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 di lokasi akhir ini telah dimenangi oleh Azmi yang merupakan orang kurang upaya yang hadir bersama ibunya yang tercinta.



Difahamkan, Azmi merupakan salah seorang pendengar setia yang tidak mengenal erti penat dalam menyokong semua aktiviti Suria FM dari awal penubuhan sehingga kini.

“Kami sangat tersentuh hati dan gembira pendengar Suria bukan sahaja daripada golongan tertentu tapi datang daripada pelbagai latar belakang dan kisah hidup berbeza” kongsi DJ Lin


Lebih menarik, sepanjang konsert berlangsung pengunjung juga tidak melepaskan peluang memenangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection, AC Gas dan Smart Selangor.




Di kesempatan itu, DJ Lin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penaja utama, Anggun Cotton Collection, penaja bersama, AC Gas serta Smart Selangor juga penaja lokasi Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya di atas kerjasama baik yang diberikan bagi siri Jelajah Suria pada kali ini.

Usai siri pertama jelajah ini, Suria FM akan terus lebih dekat bersama pendengar setia mereka. Pada 11 dan 12 Mac ini bakal diadakan pula Morning Morning Suria Belanja Makan.     






“Bagi mengekalkan kemeriahan jelajah, Suria FM bersama barisan penyampai Morning- Morning Suria, Ajak, Shuib dan Suraya akan kembali turun padang temui para peminat bagi siri kedua “Morning Morning Suria Belanja Makan” di sekitar Lembah Klang pada 11 Mac (Sabtu) dan 12 Mac 2023 (Ahad) ini  di beberapa lokasi seperti di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang dan seterusnya makan tengah hari di Dapur Che Lah, Shah Alam.

Keesokan harinya, pada 12 Mac (Ahad), pendengar berpeluang bersarapan bersama Ajak, Shuib dan Suraya di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan kemudian makan tengahari di Asam Pedas London, Selayang bermula jam 12 tengahari hingga 3.00 petang. Buat para peminat Suria FM, semua dijemput hadir dan jom beramah mesra bersama penyampai kesayangan anda”, kata DJ Lin.

No comments: