Total Pageviews

MM Bistro Penang Nasi Kandar Puncak Alam Kini Dibuka, Perkenal Menu Rahmah!

Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar kini telah dibuka secara rasminya di Bandar Hillpark, Puncak Alam. 



Bersempena dengan pembukaan hari pertama restoran berkenaan, 'kedai mamak' Puncak Alam ini telah berbesar hati memberi makanan secara percuma kepada semua pelanggan mereka. 




Serentak dengan itu juga, menu Rahmah turut dilancar dan diperkenalkan. Dengan harga RM5.90, pelanggan akan dapat menikmati Set Nasi Kandar Ayam bersama air Sirap.




Menurut pemiliknya, Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali , menu ini juga akan berubah seperti ditukarkan kepada ikan dan aneka lauk lain mengikut kesesuaian masa dan keperluan. 

Bukan itu sahaja, pada minggu kedua Bulan Ramadan kelak, MM Bistro Penang Nasi Kandar akan menyediakan sebanyak 1000 bungkus Bubur Lambuk untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan restoran mereka dan mereka yang ingin dapatkannya. 




Selain Nasi Kandar mereka yang istimewa, antara menu lain yang harus dicuba oleh para pelanggan adalah aneka jenis roti seperti roti canai panas. aneka masakan panas dan Teh Tarik Komtar. 




Difahamkan, teh tarik ini menggunakan resipi istimewa gabungan daripada beberapa teh daripada Pulau Penang sebelum dihidangkan panas kepada para pelanggan. 

Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh  Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup dan dif-dif kehormat lain. 




Dianggarkan seramai hampir 700 orang tetamu telah hadir ke majlis perasmian  MM Bistro Penang Nasi Kandar pada pagi Sabtu. 


Alamat : 

 MM Bistro Penang Nasi Kandar 

 23, Persiaran Hill Park, 11/10, 42300 Puncak Alam, Selangor

1 comment:

ejulz said...

Terbaek 👍🏻