Kelly Azman & Ani Maiyuni Kembali! Buffet Ramadan Hotel Royal Kuala Lumpur Janjikan Kelainan
Hotel Royal Kuala Lumpur kembali menampilkan dua selebriti terkenal tanah air Kelly Azman dan Ani Maiyuni yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang Ramadan nanti.
Bertemakan citarasa desa, sup Ekor Sapi, Sup Tulang Rawan, Sup Ayam, Aneka Ikan Bakar, Nasi Briyani & Daging Masak Hitam, Asam Laksa, Bubur Pulut Hitam, Kambing Masak ,Kuzi Daging, Masak Lemak Dengan Kacang Panjang Udang Masak Lemak & Nenas dan banyak lagi!
Menariknya lagi, pelbagai hadiah cabutan bertuah akan di berikan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur.
Berkesempatan untuk mencuba makan disini tempoh hari, perlu diakui lokasi ini begitu strategik untuk anda berbuka puasa dan membeli belah memandangkan ia terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, iaitu Bukit Bintang.
Harga Berbuka Puasa Di Hotel Royal
RM88.00Nett (Dewasa)
*Group: Setiap 10 tetamu berbayar akan dapat 1 percuma
RM58.00Nett (Kanak-kanak 5-12 tahun)
RM58.00Nett (Warga Emas 60 tahun keatas)
Early Bird
RM75.00Nett Dijual sehingga 15 Mac 2023
Menurut Kelly dan Ani, hotel ini begitu dekat dengan hati mereka. Selain mempunyai kenangan manis tersendiri, masakan di sini juga digemari mereka terutama masakan kampung.
Sepanjang Ramadan, kedua-dua selebriti ini akan menampilkan kompilasi lagu berkonsepkan ketuhanan dan irama Malaysia.
Untuk sebarang maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi:
Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier
55100 Kuala Lumpur,Malaysia
T: (603) 2148 6888 /2855/2813
F: (603) 2142 5359
E: info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com
No comments:
Post a Comment