Total Pageviews

Buffet Ramadhan Sedap : The Saujana Hotel Kuala Lumpur Masih Pegang Rekod!

Salah satu hotel yang aku sering looking forward semasa bulan Ramadan adalah di Saujana Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Glenmarie.




Selain daripada aneka makanan yang lazat, salah satu kenapa aku suka makan di restoran Charcoal hotel ini adalah kerana suasananya yang sangat cozy. Jadi boleh makan dengan tenang.

Berkesempatan untuk mencuba sendiri buffet ramadan edisi 2023 di Saujana Kuala Lumpur, aku perhatikan ada beberapa menu tarikan yang dikekalkan.

Antaranya seperti Kambing Golek, Bubur Lambuk, Kerabu Mangga Muda, ‘Seafood on Ice’, Scallops Bakar Cheese, Nasi Lemak Telur Bungkus dan banyak lagi!














Jujur aku katakan hotel ini menduduki antara tangga teratas bagi pilihan tempat berbuka sedap. Cuma dari segi kuih dia agak kurang sedikit but the rest superb!

Harga untuk disini adalah RM175++ untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun.`

Ada diskaun 20% untuk :
  • pemegang kad kredit CIMB
  • Ahli LBS & SGCC members


Untuk tempahan dan pembelian korang boleh hubungi 03-7843 1234 ext 6122, WhatsApp 016 2231625 atau email dine@thesaujana.com.

No comments: