Buffet Ramadhan 2023 KL Paling Murah Setakat Ini Di Santapan Ummis Hijau Kasturi!
Setakat ini, restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point menyediakan buffet ramadhan murah antara semua lokasi yang aku dah pergi.
Mana tak nya sehingga kini restoran tersebut menjual harga early bird sebanyak RM45.90 untuk dewasa dan harga normal cuma RM51.90 nett! Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023.
Bertemakan ‘Air Tangan Ibu’, sebanyak lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara. Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa korang mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama ke mulut.
Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.
Selain itu, korang juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga.
Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan.
Tak lupa kuih muih,aneka bubur dan mee bakal tersedia sebagai pengikat selera.
Kalau ditanya aku, paling suka makan Daging Salai dengan Ayam Masak Kicap, pekena pula dengan nasi putih panas fuhh!
Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, korang juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, korang akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis.
Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.
Untuk promosi ‘early bird’ harga RM45.90 nett diperkenalkan untuk dewasa, RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas untuk pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023.
Selepas itu, harga akan dicaj sebanyak RM 51.90 nett untuk dewasa dan RM19.90 nett ditawarkan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.
Selain itu, buat korang yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Favourite aku adalah karipap dia!
Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian : 03-40324383(pejabat) 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production).
*kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan : Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian : Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
5 comments:
Ok setuju, paling murah setakat ni dari banyak banyak yang Kak Nina dah baca. Away laaa mula-mula sekali nampak gambar paru sambal tuuu? Favorite kita! Lokasi tak jauh dari rumah Kak Nina, akan ku booking iftar nanti
Memang best kalau harga bawah RM100 untuk buka puasa kan. Eh. Bila nak ajak kita berbuka kat sini?
Ohh wowo....all the dishes served at this Ramadan buffet so so good, I'm so tempting craving to enjoy this with my Muslims friends la . Cheers Siennylovesdrawing
antara buffet bulan ramadhan yg murah dan sedap. masakan semua berasa.. mmg sangat berbaloi
Wah all their dishes look delicious and the price also affordable.
Post a Comment