Total Pageviews

Review Filem Coast Guard Malaysia Ops Helang : Brutal Habis!

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang diadakan di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur. 




Walaupun aku kurang sihat pada hari tersebut, tetapi demi filem ini aku sanggup redah jem. Antara sebab aku gigih nak tengok pertama adalah kerana aku ingin tahu bagaimana sebenarnya pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ini bekerja. 


Sebelum ini, hanya tahu jaga perairan negara tapi dari segi tugas mendalam sebelum ini aku percaya ramai yang tidak tahu. 

Kedua, adakah filem ini mampu menandingi kehebatan filem Paskal dan Air Force The Movie yang bagi aku kedua-duanya punyai kekuatan tersendiri. Jadi berikut adalah ulasan aku : 

Kelebihan 

- Dari segi pemilihan pelakon utama iaitu Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Sabri Yunus dan Adlin Aman Ramlee sememangnya bersesuaian. Masing-masing membawa watak dengan baik terutama Adlin yang tidak pernah gagal menjadi watak antagonis. Sesuai digelar Joker Malaysia! 



- Kalau sebelum ini aksi di dalam filem tempatan banyak yang telah disunting untuk kelulusan tayangan atau sesuai ditonton. Namun, bagi filem ini aksi yang ditampilkan cukup padu sehingga ada bab tusukan senjata terasa seperti betul dan ngilu! Spoiler alert! 


Kelemahan 

- Sebagai filem yang pertama sudah pasti ada beberapa kelemahan yang kelihatan. Namun, pujian harus diberikan kerana kelemahan tersebut tidak mencacatkan keseluruhan jalan cerita. 

Pertama sekali dari segi product placement. Penonton sudah ketahui bahawa filem ini mendapat tajaan daripada banyak jenama besar. Tetapi tidak perlu over untuk diiklankan sebagai contoh bawa makan dan minum starbucks atas kapal serta tunjuk logo sesuatu jenama terlalu besar.

- Ada sesetengah adegan yang bagi aku agak cliche dan cringe seolah-olah terlalu tirukan filem barat. Sebagai contoh, ada babak menari di majlis pertunangan. Aku rasa babak yang lebih sesuai mungkin diselitkan menari tarian Melayu atau digantikan dengan suasana kenduri di majlis pertunangan. 

Selain itu, perlu ke setiap kali ada kematian, mesti ada mereka yang berkerusi roda, hujan turun, dan dipenuhi mereka yang bawa payung hitam ? Babak ini akan hidup jika diikut pada situasi atau norma sebenar pengebumian di Malaysia.




Apa pun, filem ini best untuk ditonton ayuh sokong industri filem tempatan! Untuk info, Coast Guard Malaysia: Ops Helang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Februari 2023 dan tayangan di Singapura dan Brunei Darussalam.

Filem yang menelan kos sebanyak RM13 juta ini merupakan edaran Metrowealth International Group dan disokong Finas, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Menjalani pengambararan pada tahun 2019. 




Merupakan karya terakhir pengarah terkemuka iaitu Allahyarham Pitt Hanif yang juga anak seniwati Fauziah Nawi, dalam filem ini  beberapa aset milik APMM turut diperlihatkan secara eksklusif.

No comments: