Total Pageviews

Buffet Ramadan Puchong 2023 | Lugar De La Boda Ada 80 Jenis Pilihan!

Siapa yang baca blog aku mesti pernah terdengar mengenai lokasi acara yang dikenali sebagai .Lugar De La Boda, Puchong. Selain lokasi acara, Lugar De La Boda kendalian HANANA GROUP SDN BHD juga terkenal dengan buffet ramadan mereka.




Tahun ini juga tidak terkecuali dan ia adalah buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. 

Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.



Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet adalah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi.












 Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah.

Aku pernah makan dekat sini memang sedap! Difahamkan terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang wajib cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti :


- LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'

- SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar

- Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung







Terliur! Selain itu ada juga Teppanyaki Counter, Char Kuey Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. 




Selain itu,pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain juga tersedia.


Berminat? jom booking sekarang dengan ketetapan harga seperti berikut :

Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)

Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

1 Meja (10 Pax) - RM690


Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 di Lugar De La Boda, korang boleh ke link ini https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022

 atau sila hubungi:


Zuraini - 0163111074

Liana - 016-4318434

Shaidatul - 0166700473

Kak Lin - 0166700752

Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, korang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan.






Alamat Lugar De La Boda, Puchong

Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,

Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,

Lake Vista, 47100 Puchong,

Selangor.


Website



Facebook




Instagram

No comments: