5 Corak Eksklusif Anggun Cotton Bakal Diperkenalkan Dalam Siri Jelajah Suria 2023
Siri Jelajah Suria yang dianjurkan oleh stesen radio Suria FM kembali bagi edisi 2023 dan kini dikenali sebagai Jelajah Suria Anggun Cotton bersama penaja utama mereka, Anggun Cotton Collection.
Menariknya kali ini, peminat kedua-dua jenama tersebut bukan sahaja boleh mendapatkan koleksi Anggun Cotton di keempat-empat siri jelajah dengan harga yang lebih murah, malah lima rekaan corak khas bakal diperkenalkan secara eksklusif.
Untuk rekod, jenama yang memilih pelakon Yana Samsuddin sebagai duta mereka itu sudah sinonim di kalangan rakyat Malaysia sebagai syarikat yang menyediakan busana selesa dan berkualiti sejak lebih 8 tahun lalu.
Bagi tahun 2023, Anggun Cotton Collection yang diterajui oleh pasangan adik-beradik, Puan Noraini Hanipah dan Puan Norafizah Hanipah bersama suami mereka selaku pengasas bersama Tuan Mohd Shazrin dan Tuan Adzim mempunyai sasaran mereka tersendiri.
Bermula Februari 2023, Anggun Cotton Collection bakal menghasilkan hampir 300,000 pasang baju dengan pelbagai rekaan menarik.
Untuk info, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection membuka tirai pada hari Sabtu, 11 Februari di Paradigm Mall, Johor Bahru, dikuti Aman Central Alor Setar pada 19 Februari.
Lokasi seterusnya di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang pada 25 Februari 2023 dan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Mac 2023.
Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar dan ramai lagi.
Difahamkan, kesemua mereka akan menyanyikan lagu hits masing-masing dan ia merupakan pilihan dari Suria FM sendiri bagi memenuhi permintaan pendengar yang tersayang.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin ;
"Siri Jelajah Suria adalah sebuah acara tahunan yang paling dinantikan ole peminat dan pendengar Suria FM. Oleh itu, pada jelajah kali ini, kami bersama Anggun Cotton Collection selaku penaja utama serta AC Gas selaku penaja bersama akan berikan kelainan but para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur".
"Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth 'Kedai Suria' seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag". katanya
Menariknya lagi wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.
No comments:
Post a Comment