Total Pageviews

Suria FM Kini Nombor 3 Paling Popular! Bakal Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records

Tahniah diucapkan kepada stesen radio Suria FM yang kini menduduki tangga ketiga bagi stesen radio Bahasa Melayu terbaik di Malaysia. 



Sebagai salah seorang pendengar Suria aku tumpang bangga apabila stesen radio ini berjaya naik dengan mendadak hasil celoteh dan kerjasama diantara penyampai radio mereka. Buat yang tidak tahu, keluarga penyampai Suria terdiri daripada pengurus besar nya sendiri, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Tyzo, Sharifah Shahirah (Kak Rara), Feeya Iskandar (Cik Piah) dan Anna Aljufrey. 




Lebih manis, kejayaan tersebut seiring dengan ulang tahun Suria yang ke-15. Untuk itu, Suria FM bukan sahaja meraikan ulang tahun mereka di atas kapal mewah Resorts World Cruises selama empat hari tiga malam, malah mereka juga bersiaran secara langsung sekaligus menjadi radio pertama di Malaysia yang bersiaran di atas kapal pelayaran. 




Akan mula berlayar pada 9 Januari 2023, Suria FM akan turut membawa pendengar mereka yang bertuah untuk bersama-sama meraikan ulang tahun mereka kelak. 




“24 November, genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun yang luar biasa dari segi pencapaian kami dari segi rating, ranking serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media. Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’,” -  DJ Lin.



Menurut Naib Presiden Jualan (Malaysia) Resorts World Cruises Cynthia Lee, Suria FM menjadi radio pertama yang dipilih untuk kerjasama seumpama ini kerana kemampuan stesen itu menarik pendengar dalam kalangan kaum Melayu khasnya sejajar dengan pakej mesra Muslim pelayaran yang diperkenalkan.

“Kami memilih dan bersetuju untuk bekerjasama dengan Suria FM kerana tertarik dengan pencapaian mereka dan saya yakin banyak lagi kerjasama akan diteruskan pada masa depan,” katanya.

Untuk rekod, Suria FM berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu. 

p/s : Tahniah Suria FM! Dan terima kasih untuk jemputan menaiki cruise nanti. Namun , apakan daya terdapat komitmen yang perlu dilaksanakan. Semoga Suria FM bakal menjadi stesen radio nombor satu pada tahun hadapan!

No comments: