Total Pageviews

Potatoes USA Rupanya Penaja Duatlon Powerman Malaysia 2022!

Baru-baru ini Potatoes USA telah menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang diadakan di Putrajaya. 




Kalau korang nak tahu acara ini yang sudah pun diadakan selama 16 tahun dan telah diiktiraf sebagai Kejohanan Asia bagi duatlon. Menariknya, Potatoes USA diwakili oleh dua ahli sukan dan pempengaruh Ann Pow dan Yen Chia, yang kedua-duanya sangat popular dalam arena lumba lari dan berbasikal. 


Rahsia diorang adalah dengan menambah kentang A.S. dalam pemakanan sebagai sumber bekalan karbohidrat dalam persediaan untuk menyertai kategori PowerMan Classic yang meliputi larian 10km – berbasikal 60km – larian 10km.

Di acara tersebut, Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang A.S. kepada lebih 4,000 ahli sukan lelaki dan wanita di reruainya. 

Peserta telah dibekalkan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas acara. 



Bahan pendidikan tentang manfaat khasiat pemakanan kentang untuk meningkatkan prestasi juga telah diedarkan di acara tersebut. 

Macam aku sendiri merupakan peminat kentang . Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun yang lepas telah menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan. Kentang adalah salah satu sumber karbohidrat tau! 

Fakta penting tentang kentang

  • 26 gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan.
  • 620 Milligram Kalium – Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.
  • 30% nilai Vitamin C harian – Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik, untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting). 

  • 3 gram protein berasaskan tumbuhan – Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi.
  • 2 gram serat (7% nilai harian) – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama.
  • 110 Kalori untuk Tenaga – Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton. 

Korang boleh masak pelbagai masakan menggunakan kentang. Macam aku, gunakan kentang A.S. untuk masak aneka menu seperti bergedil, karipap dan banyak lagi. Ada yang suka kentang juga? 

#uspotatoes
#uspotatogoodness
#PowermanMalaysia2022

No comments: