Total Pageviews

Nasi Padang Shah Alam | Padangs On Wheels Saji Pelbagai Menu

Ada sesiapa pencinta makanan Nasi Padang dekat sini? Kalau ya kita geng! Aku pun tak tahu belah siapa yang suka sangat makanan Indonesia ini padahal darah aku lebih kepada Thailand. 




Memandangkan aku duduk di Shah Alam, suka untuk aku perkenalkan dengan korang Padangs On Wheels yang menyajikan puluhan lauk asli Padang. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali kedua aku makan disini. 

Sebelum ini, aku hanya take away dan kali ini berpeluang untuk makan di restoran mereka yang terletak di Subang Bestari, Shah Alam. Kalau korang nak tahu, Padangs On Wheels mempunyai tiga cawangan iaitu di Seksyen 13 Shah Alam, Subang Bestari dan Damansara Utama. 




Aku difahamkan, cawangan di Subang Bestari ini sedia untuk tempahan pelbagai acara memandangkan konsepnya begitu selesa dan mesra acara. Selalu kalau pergi yang cawangan Seksyen 13 mesti ramai orang! 

Mana tidaknya aneka lauk-pauknya yang merupakan air tangan asli dari seberang menjadi pilihan ramai pelanggan. Tidak dinafikan, harganya agak sedikit mahal namun jika ditanya aku dari segi keselesaan dan rasa, Padangs On Wheels sedia menerima kunjungan korang. Kalau tak, kenapa ramai orang suka datang sini bukan? 

Sambal pun ada dijual kalau korang nak bawa balik 

Tak Indonesia lah kalau tak ada Teh Botol kan? 


Macam aku haritu, sempat cuba lauk Ayam Masak Lemak, Bergedil. Rendang Daging, Masak Lemak Pucuk Ubi, Sambal Hijau dan Sambal serta Daging Dendeng. Sedap! Pekena pula dengan nasi panas memang berselera jawabnya. Untuk air, aku minum Watermelon Lychee Soda. 



Actually ada je siput sedut, tapi aku tak makan so itu bukan aku yang punya ya. LOL




Memang sempurna padanan dia kan? Actually aku pesan dua air, dah alang-alang datang sini of course aku order Alpukat bagi lepaskan rindu di Indonesia yang sebelum ini menjadi rutin tahunan aku untuk ke sana.

Kalau korang nak datang ke sini, ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 7.30 pagi hingga 7.00 malam. Aku tak pernah try breakfast dekat sini lagi maybe next time nak cuba juga. 



No comments: