Total Pageviews

Menu Baru Marrybrown Korea K-Crunch Apesal Sedap Sangat?

Jujur aku katakan setiap kali ada Marrybrown menu baru aku pasti akan bergegas mencarinya. Terima kasih kepada pengenalan menu Korea oleh diorang beberapa tahun dahulu yang membuatkan aku terus jatuh cinta dengan Marrybrown. 




Terbaru, Marrybrown membawakan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis. Semuanya kerana menu ayam rangup yang disalut dengan sos Gangjeong yang manis dan pedas. 

Aku dah try semua menu K-Crunch ni. Ya ampun! Tersangatlah sedap bagi aku lah. Untuk korang kenalah rasa sendiri. Perlu diakui dia agak pedas sebenarnya tapi sedap sampai ketagih! Hahaha..



Menu dia ada K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. 



Bagi penggemar burger, korang boleh dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.



Sebagai alternatif, kalau korang nak hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Nak semua? 




K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, korang akan dapat lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. 



K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 pun wajib try! 


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, korang boleh layari: 





Untuk masa terhad je tau menu ini jadi cepat cuba sekarang! Sedap!

No comments: