Total Pageviews

Buffet Seafood Sedap Di Pullman Kuala Lumpur City Centre Siap Ada Lobster!

Sedap dan berbaloi! Itulah yang boleh aku katakan mengenai hidangan buffet yang disajikan di Sedap Restaurant, Pullman Kuala Lumpur City Centre. 




Korang bayangkan masuk je restoran ini, ada banyak pilihan makanan laut dan pelbagai makanan lain menanti korang. Untuk peminat seafood seperti oyster, ini adalah tempat untuk korang makan sepuas hati! 





Yang paling best korang boleh nikmati udang harimau segar yang dimasak dihadapan korang. 



Caranya, chef yang bertugas akan menangkap udang tersebut di dalam akuarium dan terus masak di hadapan korang sama ada dibakar atau dibuat sup. Aku dah cuba sup udang ini, fuhh memang manis dan sedap weh. Sampai sekarang teringat rasanya. 





Selain itu, ada aneka grill dan yang paling best dan tak sangka adalah hidangan Boston Lobster. Bukan sahaja fresh, tetapi dimasak istimewa dengan kuah percik weh. Memang sedap dan sesuai untuk dibuat self reward.



Bukan sahaja ada seafood, makanan lain seperti kambing bakar, aneka makanan tempatan pun ada. Pendek kata semuanya ada disini. 












Untuk korang yang ingin nikmati sajian istimewa ini bolehlah ke Pullman KLCC pada setiap hari Sabtu bermula pada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Harganya pula adalah seperti berikut : 

Dewasa : RM198 nett 
Kanak-kanak : RM94 nett 

Maklumat lanjut boleh ke pautan di bawah ya. Highly recommend! 

Sedap Restaurant
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603 2170 8888
Fax: +603 2170 8999

1 comment:

Illya LeYa said...

Sedapnya LeYa tengok Khai makan. Ada rezeki dan peluang, bolehlah singgah makan kat hotel Pullman KLCC ni. InsyaAllah