Restoran Rebung, Westplace Shah Alam Dan Menara KL Port Berbuka Puasa 'Minggu Last' Wajib Korang Try!
Korang dah shopping raya? Aku rasa ramai yang tengah ambil kesempatan untuk shopping sekarang atau hujung minggu ini memandangkan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi.
Memandangkan sudah dua tahun kita tidak dapat beraya seperti kebiasaan, pada tahun ini ramai yang ambil kesempatan untuk beraya sakan bukan? Untuk korang yang duduk di Shah Alam dan Kuala Lumpur, aku dapat agak dah kawasan mana yang akan jem teruk.
Jadi untuk itu suka untuk aku ketengahkan tiga restoran pilihan untuk korang berbuka puasa tanpa perlu risau nak cari makan di mana atau bersesak dengan orang ramai.
Restoran Rebung Chef Ismail
Harga Dewasa : RM88.00 nett
Harga Kanak-Kanak : RM 58.00 nett
Hari Terakhir : 1 Mei 2022
Untuk tempahan : 03-2276 3535 / 03 - 2276 2525
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com
Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Westplace Factory Shah Alam
Pada hari kebiasaan restoran yang terkenal dengan masakan barat ini sentiasa dipenuhi orang. Malah, dikhabarkan pada tahun lepas meskipun masih berada dalam pandemik, orang ramai turut memesan aneka makanan di Westplace Factory yang terletak di Shah Alam.
Untuk tahun ini, hampir 30 masakan tersedia untuk para tetamu termasuk makanan Melayu. Jadi buat korang yang nak shopping di Shah Alam atau nak merasa boleh buat tempahan dengan segera!
Harga Dewasa : RM59.00 nett
Harga Kanak-Kanak : RM 29.90 nett
Hari Terakhir : 1 Mei 2022
Untuk tempahan : 014-671 2043 / 019 -367 4796 / 011 58881916 / 013 488 2286
Alamat : 102 Jalan Pelabur A23-A, Seksyen 23 Shah Alam 40300 Selangor
Menara Kuala Lumpur
Bertemakan Sajian Nostalgia Kampungku sajian Bakal Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur sememangnya menjanjikan sebuah kelainan!
Mana tidaknya korang berpeluang untuk menikmati hidangan di atas sebuah pencakar langit yang terkenal disamping pelbagai aneka makanan tersedia.
Bagaimanapun aku difahamkan, buffet ramadan disini telah pun berakhir pada 24 April 2022. Namun, korang masih boleh menikmati sajian ala-carte yang disediakan apatah lagi kerajaan baru sahaja umumkan peraturan baharu mengenai SOP. Ayuh rancakkan pelancongan negara!
No comments:
Post a Comment