Buffet Ramadan Wyndham Acmar Klang Perkenal 1001 Juadah Rakyat
Tahun ini merupakan tahun yang kedua aku berkesempatan untuk review buffet Ramadan yang dianjurkan oleh hotel bertaraf 5 bintang, Wyndham Acmar Klang.
Pelbagai Sajian Menarik
Untuk tahun ini, Wyndham Klang memperkenalkan tema 1001 juadah rakyat yang pelbagai. Cukup menarik sebab ada banyak sangat pilihan makanan untuk korang cuba disini. Antara yang menarik adalah Kambing Golek, Rusa Golek, Aneka Mee Malaysia, Kari Kepala Ikan, Sambal Udang Petai dan banyak lagi.
Aku tertarik pada beberapa menu unik seperti Burger yang mungkin hanya kelihatan biasa tapi pada bulan puasa dia jadi luar biasa betul tak?
Keluasan dia memang besar boleh memuatkan ramai pengunjung dalam satu masa. Malah stesen masak secara live pun tersedia untuk korang yang inginkan masakan panas.
Harga Buffet
Buffet diorang bermula pada 3 April hingga 2 Mei 2022 pada jam 6.30 petang hingga 10 malam. Untuk korang yang ingin makan disini, harga adalah RM138 nett untuk dewasa, RM100 nett untuk warga emas berumur 55 tahun ke atas dan RM75 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Pakej bilik bersama berbuka disini juga tersedia untuk korang yang ingin menginap di Wyndham Acmar Klang dan pakej Raya juga sudah tersedia bagi tujuan tempahan.
Untuk pertanyaan dan tempahan korang boleh rujuk maklumat di bawah :
Buffet Ramadan
Tel : +03 3311 8829/8831/8832/8833/8837
Email : wyndhamramadhanbazaar@wyndhamacmarklang.com
Tempahan Bilik
Tel : +03 3311 8888
Whatsapp : +6012 519 8081
Email : reservations@wyndhamacmarklang.com
No comments:
Post a Comment