Total Pageviews

Buffet Ramadan Le Meridien Putrajaya Kena Kritik, Tapi Ini Pengalaman Aku!

Di laman Facebook ketika ini tular mengenai kecaman seorang netizen terhadap Le Meridien Putrajaya berkaitan layanan terhadap tetamu dan juga kualiti buffet Ramadan mereka. 




Anggap Seperti Bazar, Kualiti Tidak Memuaskan 

Dalam hantaran itu, netizen tersebut menyifatkan suasana buffet ketika itu seperti sebuah bazar sehingga ada meja yang terpaksa dibuka sampai ke pintu masuk IOI Mall. Malah. netizen tersebut juga akui sistem check in yang agak lama sehingga terpaksa menunggu selama hampir 20 minit serta terdapat kesan tompok kotor pada cadar bilik penginapan mereka. 




Bagi pendapat aku itu mungkin nasib yang kurang bernasib baik telah dialami oleh netizen tersebut kerana sepanjang aku pernah review di sana dan turut menginap hampir semuanya perfect. Tidak keterlaluan juga jika aku cakap buffet Ramadan Le Meridien pada tahun ini aku ingin letakkan sebagai antara yang terbaik.




Perlu diingatkan artikel ini bukan berbayar atau nak side mana-mana pihak ya cuma luahan berdasarkan review aku sendiri. Selalunya, suka untuk aku tegaskan pada pihak hotel sekiranya ingin jemput media pastikan makanan serta servis yang diberikan pada kami akan sama dibuat pada para pelanggan. 

Untuk isu tersebut, aku akan dapatkan komen dan penjelasan pihak hotel kerana sebagai blogger yang selalu buat ulasan mengenai Le Meridien Putrajaya, aku rasa terpanggil untuk kongsikan kepada orang ramai apatah lagi ini adalah hotel favourite aku untuk makan seafood dan aku juga Marriot Bonvoy puna member. So nantikan artikel akan datang! 

Cef Naem Wajah Le Meridien Putrajaya 2022 

Mengenai buffet Ramadan Le Meridien Putrajaya 2022 bertemakan Destinasi Rasa, telah menampilkan Cef Naem Ramli sebagai wajah istimewa mereka. Malah, juara hero oven TV3 ini berkongsi air tangannya untuk santapan para tetamu. Antara menu istimewa dari Cef Naem adalah : 

  • Rendang Pucuk Ubi
  • Kerabu Daging Salai
  • Kari Kambing Bakar
  • Ayam Sambal Bakar 
  • Sambal Ikan Bilis Santan 
  • Satay Ayam Serai dan banyak lagi! 





Untuk Le Meridien Putrajaya sendiri turut tampilkan pelbagai menu mereka yang dianggarkan tersedia lebih dari 100 menu. Sajian seperti Laksa Kari Nyonya, Udang Masak Ros,Asam Pedas Jenahak, Sup Ekor seperti macam-macam lagi menanti buat para pengunjung. 














Buffet ini telah pun bermula pada 2 April 2022 dan akan berakhir pada 1 Mei 2022. Untuk harga dan tempahan korang boleh rujuk di bawah ya. 

P/S : Pada hemat aku, tahun ini merupakan buffet Le Meridien Putrajaya yang terbaik selama hampir 5 tahun aku pernah makan disini. Tak sangka la pula, tapi apa pun nantikan ya penjelasan mereka! 

Harga Dewasa : RM188 nett
Harga Kanak - Kanak : RM94 nett 

Diskaun : 20% untuk ahli Marriot Bonvoy dan pemegang kad debit tertentu 

Tempahan : +03 8689 6888 

dining.lmputrajaya@lemeridien.com 




2 comments:

Mawardi Yunus said...

lamanya x makan oyster weh... dulu macam geli2 nak makan. dh lama x makan macam teringin pulak

Sis Lin said...

Samalah Khai, setiap Hotel ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, sebab tu macam Khai juga, Sis sentiasa bagitau incaj, jangan time media okay, tapi event live nya, tak sama, nanti tentu orang komen kan.. sedap tu subjektif, tak semestinya sedap tekak kita, tekak orang pun sedap sama kan..

So far rata-rata Sis baca dan dengar, okay je makanan di sini.. anak Sis pun dah pernah makan buffet sini Khai..