Grand Barakah Hotel Buffet Ada Menu Hari Raya Setiap Hari!
Korang pernah dengar mengenai Hotel Grand Barakah yang terletak di Ampang? Kalau De Palma Hotel Ampang? Kalau nak tahu Hotel De Palma dah tak ada sebab dah rebranding kepada Grand Barakah.
De Palma Hotel Ampang Kini Grand Barakah
Lokasi dan konsepnya hampir sama cuma aku difahamkan hotel ini sedang menjalani transformasi dan pembaharuan jadi kalau korang datang ke sini akan nampak beberapa kemudahan sedang dibaik pulih.
Muslim Friendly
Untuk pengetahuan korang, Grand Barakah masih mengutamakan konsep Muslim Friendly malah surau berkapasiti besar untuk Solat Jumaat juga masih ada di tingkat 3 walaupun di bawah pengurusan yang baru.
Info untuk bilik Grand Barakah korang boleh lihat disini :
- Mempunyai 11 tingkat dan tersedia 205 bilik mengikut jenis
- Ada dua jenis floor ; Premier dan Deluxe
- Premier floor mempunyai Premier Deluxe, Premier Junior Suite dan Premier Executive Suite
- Deluxe floor mempunyai Deluxe, Junior Suite dan Executive Suite
- Setiap bilik dilengkapi arah kiblat, sejadah dan pair air untuk kemudahan wudhuk
- Bagi bilik Premier, pengunjung akan menerima sehelai tuala Grand Barakah untuk dibawa pulang secara percuma
Harga Bilik
PREMIER FLOOR
PREMIER DELUXE (26 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM230
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM260
PREMIER JUNIOR SUITE (45 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM330
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM360
PREMIER EXECUTIVE SUITE (65 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM430
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM460
DELUXE FLOOR
DELUXE (26 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM200
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM230
JUNIOR SUITE (45 sqm)
Jenis Katil : Queen / Twin
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM270
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM300
EXECUTIVE SUITE (65 sqm)
Jenis Katil : King
Harga Tanpa Sarapan Pagi : RM370
Harga Dengan Sarapan Pagi : RM400
Dewan Acara
Bercakap mengenai dewan acara, Grand Barakah mempunyai ruang dewan yang luas, dengan kapasiti 600 pax dalam satu masa dan sesuai untuk membuat pelbagai majlis. Malah ruang parkir bawah juga sedang diubahsuai untuk dijadikan sebagai sebuah lagi dewan acara. Difahamkan, untuk santapan berbuka puasa nanti akan dibuat disitu.
3 Restoran Dalam Grand Barakah
Untuk menjamu selera, di dalam Grand Barakah mempunyai tiga buah restoran dan kafe yang berlainan konsep.
- Warisan Bonda - Sajian Aidilfitri setiap hari
- The Rumbia - berkonsepkan makanan harian
- Al Azzraf - Makanan timur tengah
Aku tak pernah lagi cuba Al Azzraf tapi berdasarkan pengalaman aku yang dah cuba Warisan Bonda dan The Rumbia, korang wajib cuba makan di Warisan Bonda! Pada mulanya aku pun tak percaya ada menu hari raya dekat sini, tapi itulah tarikan mereka untuk menambat hati para pengunjung.
Hari-Hari Hari Raya!
Korang boleh makan secara buffet atau ala-carte dan antara menunya seperti rendang daging, rendang ayam, pulut kuning, nasi impit, lontong, lemang, ketupat, lepat loi dan banyak lagi!
Tempat tarikan pun banyak berhampiran hotel ini. Selain berhadapan pusat membeli belah Ampang Point, perjalanan ke KLCC pun hanya mengambil masa 10-15 minit. Dekat kan? Jadi boleh lah korang stay dekat sini nanti!
Untuk maklumat lanjut mengenai Grand Barakah Hotel Ampang, korang boleh layari :
7 comments:
hotel menarik, nampak exklusif dan cantik, menu makanan pun menarik. Boleh le ke grang Grand Baraqah Hotel ni nnt
Warisan bonda tu mmg best... suka dengan segala aneka ketupat... tu yg rare.. tak perlu tunggu raya
Wah.. dah tkr nama Hotel Grand Barakah tgk cantik tempatnya dan tgh2 KL, sng nk menyopping nti
Ohh wowo...1st time got to know about this Muslims friendly hotel, the raya buffet looks so so good with the yummy foods to enjoy especially my fav rendang with lemang , yum yum
Cheers Siennylovesdrawing
Waaa selesa betul ni.. kalau time Suami ada kerja sana boleh juga ni stay sini time puasa, siap pakej semua sekali.. thanks Khai share.. masuk list...
Menarik kan staycation kat Grand Barakah Hotel ni.. selesa dan serba lengkap siap ada Surau lagi! Best ni..
Baru tahu de Palma dah rebranding. Bagus bagus! Biasanya lepas rebrand lagi cantik , selesa. Harga pun cun, boleh laaa just staycation sini. Tengok food pun nampak sedap tuuuu
Post a Comment