Total Pageviews

Buffet Ramadhan Rawang - Aliyyah Castle Rupanya Katering Terkenal Di Rawang

Pertama sekali, jutaan terima kasih kepada mereka yang menjemput aku untuk review Buffet Ramadan dari Aliyyah Castle yang terletak di Rawang, Selangor. 




Pertama Kali Review Buffet Ramadan Di Rawang 

Ya, ia agak jauh sebenarnya lokasi review aku tapi entah kenapa aku rasa terpanggil dan beria untuk datang kesini. Siapa sangka rupa-rupanya sudah tertulis ini adalah kawasan untuk aku mencari rezeki dalam satu tempoh jangka masa yang agak panjang kelak. Untuk bahagian ini akan aku kongsikan dalam artikel lain ya. 

Berbalik kepada Aliyyah Castle, jenama ini merupakan syarikat katering yang terkenal di Rawang dan kawasan sekitar. Manakala 2022 merupakan tahun pertama mereka adakan buffet ramadan. 

Lebih 50 Pilihan Makanan 




Bertempat di Dewan Emerald Aliyyah Castle, Anggun City 1, Rawang, buffet kali ini menghidangkan lebih 50 pilihan makanan Malaysia yang pelbagai seperti Kambing Golek, Lauk Kenduri Kahwin - Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Ayam Buttermilk, Ayam Goreng Berempah, Gulai Kawah dan Daging Masak Hitam.

















Selain itu, menu Nasi Arab Mandy yang memang menjadi tumpuan ramai di setiap bulan Ramadan turut tersedia. Aneka Kerabu, Ulam-ulaman, Ikan Bakar dan juga masakan makanan Laut seperti lala, sotong, ikan dori dan udang dijangka menjadi kegemaran ramai. 

Kalau ditanya aku, penghilang dahaga seperti air Detox dan Koktel Buah menjadi pilihan. Aku sendiri minum bergelas-gelas sebab rasanya memang sedap dan tak kedekut bahan. Tak cukup dengan itu,  Ais Kacang/Cendol, Sirap Bandung Cincau, Kathira dan Teh Bunga juga tersedia kelak. 

Lokasi Strategik 

Lokasinya pula, amat strategik kerana terletak di Pusat Komersial Anggun City 1 di belakang AEON Rawang. Malah, Dewan besar berhawa dingin dan selesa boleh memuatkan lebih kurang 300 pax. 

Antara kemudahan awam seperti tempat letak kereta 1000 lot di parkir basement dengan bayaran parkir hanya RM1 sekali masuk dengan menggunakan Touch n Go. Eskalator juga disediakan sehingga ke tingkat 3 dan bagi mereka yang kurang upaya dan Warga Emas turut disediakan Lif di dalam Dewan.





Manakala Surau dan tandas juga terletak di dalam dewan. Masa aku pergi, kedua-duanya macam baru disiapkan jadi aku percaya nanti korang pergi mesti selesa. 

Harga Buffet 

Untuk korang yang berminat, promosi “Early Bird” sehingga 31hb Mac untuk 2022 je tau untuk tempahan 500 orang yang pertama; berharga RM65 (Dewasa) dan RM45 (Kanak-kanak). 

Harga Normal adalah RM75 (Dewasa) dan RM55 (Kanak-kanak). PERCUMA untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun. 

Untuk “Walk In”boleh juga tetapi tertakluk kepada kekosongan tempat.Untuk Tempahan secara Korporat juga boleh dengan tawaran harga istimewa untuk 50 pax ke atas dan korang perlu membuat booking seminggu sebelum. 

Pembayaran adalah secara Kad Kredit/Debit/Online atau Tunai. 

Untuk tempahan, sila hubungi nombor telefon tertera di bawah secara panggilan atau whatsapp :- 

  • 019-2428760 Puan Nurul 
  • 012-2136670 Puan Zana 
  • 019-3669019 Puan Lia 

ALIYYAH CASTLE WEDDING & EVENT

Tingkat 3, Pusat Kommersial Anggun
Anggun City 1
48020 Rawang, SELANGOR

Tel No : 019-2428760

Email : aliyyahcastle@gmail.com