Buffet Ramadhan 2022 Sedap Dan Murah Jatuh Kepada Ummis Hijau Kasturi
Rasanya dua tahun juga kita 'skip' untuk dapat berbuka di hotel mahupun di mana-mana dewan acara atau restoran berikutan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Bufet Ramadan 2022 Sedap Dan Murah
Tahun ini, Malaysia perlahan-lahan bertukar status dari pandemik ke endemik dan hampir semuanya dibuka termasuk kebenaran untuk mengadakan buffet ramadan. Sebagai seorang blogger dan pengamal media, aku akui sudah mula dapat dan buat review ramadan dan boleh dikatakan tahun ini agak rancak jemputannya.
Untuk itu, suka untuk aku ketengahkan restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi sebagai bufet ramadan 2022 sedap dan murah di Kuala Lumpur setakat ini.
Ummis Hijau Kasturi Pilihan Ramai
Meneruskan konsep yang sudah menjadi identiti mereka dikalangan pelanggan tetap, seleksi buffet bermula pada 4 April 2022 hingga 29 April 2022 dengan 30 jenis makanan daripada hidangan tradisional Melayu bakal tersedia dengan tema yang berbeza pada setiap hari.
Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera mereka yang merasainya kelak.
Berkhidmat Dengan Kerabat Diraja Brunei
Buat mereka yang mengenali pasangan suami isteri yang juga merupakan pemilik serta chef di restoran ini, Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah sudah pasti sedia mengetahui akan kehebatan air tangan mereka dalam menyediakan aneka sajian.
Di kesempatan itu, pengalaman pasangan suami isteri ini yang berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei sehingga kini dikongsikan menerusi santapan Istana yang akan turut disertakan bersama dalam seleksi bufet tersebut.
Menu Istana Brunei Turut Diperkenalkan
Antara menu Istana adalah Nasi Kebuli, Kurma Ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, Gulai Lemak Rebung Dengan Pucuk Manis, Masak Hitam Hati Buyah(Paru Lembu), Sambal Ikan Tahai, Pais Daging, Sambal Urat-Uratan,Kelupis Brunei dan Kuih Serabai Durian.
Pelbagai Kemudahan
Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan elemen Melayu seolah-olah sangat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi.
Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. Malah kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis.
Dengan harga RM35.90 nett untuk dewasa dan RM17.90 nett untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, Ummis Hijau Kasturi sekaligus menjadi antara buffet Ramadan yang termurah.
Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi turut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam prosedur operasi standard (SOP) pengendalian restoran. Untuk itu, pihak mereka telah menetapkan hanya menerima 70 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.
Selain itu, Ummis Hijau Kasturi sering menjadi pilihan kebanyakan syarikat korporat terkenal dalam menyediakan katering majlis mereka. Antaranya seperti Gamuda, BERNAMA, Astro dan banyak lagi.
Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk sajian Melayu Asli, Nusantara dan Barat. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.
Aku sendiri dah cuba makan dekat sini baik sarapan, makan tengahari, makan malam atau tempahan katering. Kualiti makanan serius tersangatlah baik dan sedap!
Pengalaman Lebih 28 Tahun
Untuk pengetahuan korang, pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 28 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun.
Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.
Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam.
Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi. Sebab itulah kualiti terjamin!
Bagi korang yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian :
03-40324383(pejabat)
017-6534133 (operasi)
011-23058511 (pengeluaran/production).
*harga promosi kanak-kanak terhad kepada maksimum tiga orang kanak-kanak bagi setiap keluarga
** Bayaran deposit 60% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan
Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam
Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 51200, Kuala Lumpur.
Instagram : https://www.instagram.com/ummis_hijaukasturi/
No comments:
Post a Comment