Total Pageviews

Buffet Ramadan Murah Shah Alam 2022 - The Venue Shah Alam

Kalau siapa yang pernah follow blog aku mesti tahu mengenai The Venue Shah Alam. Sebelum ini aku pernah berkongsi mengenai buffet ramadan yang dibuat di sana dan kita skip sekejap memandangkan negara berhadapan dengan PKP selama dua tahun. 




Menariknya,buat julung kalinya, diorang akan membawakan tema Riang Ria Ramadan untuk konsep Buffet Ramadan. Untuk tahun ini,diorang akan beroperasi di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam.

Bersesuaian dengan konsep ini menu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa juga bakal diperkenalkan. Selain menu utama, The Venue juga menyediakan 8 stall yang terdiri daripada :

- Nasi Arab Ayam Mandy
- Kambing Golek
- Aneka Mee Kak Mas
- Shell Out Seafood
- Apam Balik Abang Zam
- Pencuci Mulut & Buah-buahan
- Aneka Jeruk – Jeruk
- Aneka Keropok
- Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal

Terdapat menu lain yang disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi korang yang datang ke sini akan dapat merasakan masakan yang berbeza-beza.








Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama penghibur terkenal, Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung.




Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.

Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird) adalah RM 66/orang (Dewasa), RM 46/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun, RM 600/meja (Grup 10 orang dewasa).

 Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja. Harga Normal RM 88/orang (Dewasa), RM 49/orang (Kanak-kanak 5 – 12 tahun), RM 800/meja (Grup 10 orang dewasa). PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun.

Pelanggan korporat  yang ingin meraikan staf atau pelanggan dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup?  The Venue akan pastikan korang lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidak bercampur bersama tetamu majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Min. 150 orang).




Selain itu, The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak - anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadhan The Venue. 

Malah, diorang juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa, dan RM50/orang untuk barang – barang keperluan Hari Raya.

Untuk info, The Venue juga adalah Event Space yang agak terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Pakej diorang akan dibuka semula pada May 2022.

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12, 999 untuk 200 orang dan RM 27, 999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Min 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tuning, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan dilengkapi dengan PA system In-House.

Bersempena dengan Ulangtahun Ke - 7 The Venue Shah Alam,  promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Untuk tempahan 2022 dan 2023 juga sudah dibuka. Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus ke pautan di bawah :


018 – 205 1492 (Faridah) 019 – 8585 825 (Lisz)

014 – 250 8160 (Bard) 013 – 247 3767 (Safwan)

No comments: