Steamboat Murah Di Setia Alam | Hantoo Steamboat & Grill
Macam tahu pula aku tengah teringin nak makan Steamboat sebelum dipelawa oleh Hantoo Steamboat & Grill di Setia Alam, Shah Alam.
Steamboat Murah Di Setia Alam
Kebetulan dekat sangat dengan rumah aku, terus aku bersetuju nak buat review. Aku pula selama duduk dekat sini tak pernah nak jejak ke Uptown Santai Setia Alam. Jadi alang-alang tu terus lah merasa ke sana. Beroperasi setiap hari bermula jam 7.30 malam hingga 11 malam, mesti korang tertanya kenapa nama dia Hantoo kan?
Hantoo itu merujuk kepada penggemar yang begitu menyukai Steamboat (Hantu Steamboat) . Di sini terdapat dua pakej yang ditawarkan :
- Set A : RM35 (untuk 2-3 orang makan)
- Set B : RM70 (untuk 4-5 orang makan)
Seperti kebanyakan tempat steamboat, dekat sini pun ada beberapa pilihan kuah/sup dan dilengkapi set sos:
Sup
- Tomyam
- Ayam
Sos
- BBQ
- Lada Hi
- Spicy Korean
Kalau ditanya aku, aku suka kuah Tomyam dan sos Blackpepper serta Spicy Korean maklumlah suka pedas kan? So kalau korang yang terasa nak makan steamboat dan rasa mahal dekat tempat lain, aku rasa ini adalah steamboat murah dan berbaloi apatah lagi makan secara open air lebih santai.
Pilihan Menu Lain
Tak makan steamboat atau nak makan lagi? Jangan risau dekat sini pun ada menu yang pelbagai sebab setengah orang tetap nak makan nasi kan? So dont worry! Ada banyak pilihan menu yang korang cuba antaranya seperti Oden, Bubur Nasi Baby Crab dan Bubur Nasi Daging. Nak Nasi Putih? Ada juga!
Hidangan Nasi Putih Bersama Hidangan Pilihan :
- Spicy Korean Octopus
- Spicy Korean Chicken
- Spicy Korean Lamb
- Ikan Dory
- Ayam Popcorn
Tidak dilupakan menurut pemilik Hantoo Steamboat & Grill, menu signature mereka iaitu Sotong Kangkung wajib dicuba. Ini kerana kuahnya bukan biasa-biasa tau kerana ia merupakan resipi asli keluarga mereka sejak lebih dari 30 tahun yang lalu. Cuma bagi aku kalau korang pesan nanti, make sure minta kuah lebih tau sebab tak puas kalau makan sotong kangkung dengan kuah yang sedikit kena pula sedap uii!
Jadi kalau korang datang ke Setia Alam atau ke Uptown make sure singgah sini tau, lepak bersama keluarga pun best! Parkir pun luas, lepas itu walking distance je dengan Setia City Mall, penat shopping boleh datang ke sini.
Hantoo Steamboat & Grill
Lokasi : Uptown Santai Setia Alam, Shah Alam
26, Persiaran Setia Dagang,
Bandar Setia Alam, Seksyen U13,40170 Shah Alam, Selangor
No comments:
Post a Comment