Buat Pembedahan Bariatrik Dengan Dr Mustafa Mohammed Tahir, Ini Harganya Yang Sangat Berbaloi!
Aku rasa ini adalah berita baik buat mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Berita Baik Untuk Obesiti
Suka untuk aku cakap sekiranya mereka rasa ada masalah berat badan yang disifatkan seperti melampau ada bajet, sila baca artikel ini sampai habis sebab aku rasa ini bakal memberi satu pengalaman manis dalam kehidupan korang.
Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk ke majlis hi-tea dan perkongsian santai bersama Dr Mustafa Mohammed Tahir yang merupakan pakar bedah GI dan Bariatrik. Selama ini aku hanya mendengar nama dan ceritanya menerusi paparan media. Tetapi tempoh hari, cukup bertuah sebab dapat dengar dan berkongsi pandangan dengan beliau.
Dr Mustafa Mohammed Tahir Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik
Puas hati dan sebenarnya tidak puas kalau dengar cerita dari beliau. Mana tidaknya dengan pengalaman bertahun-tahun serta telah membuat lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, tidak hairan juga juga beliau dianugerahkan sebagai Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Asia Pasifik pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global di Kuala Lumpur. Tahniah Dr!
Kalau korang nak tahu, , prosedur Bariatrik bukan saja boleh mengatasi masalah obesiti, tetapi turut memberikan manfaat daripada sudut kesihatan seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan yang berkaitan. Masalah dengkur pun boleh diatasi tau sebenarnya kalau korang gunakan alternatif ini.
Hampir 95% Pembedahan Berjaya
Aku percaya, mesti ramai yang tertanya atau risau dengan risiko pembedahan bariatrik ini bukan? Menurut Dr Mustafa, 80% hingga 95% kejayaan hasil daripada pembedahan ini boleh dicapai dan membantu pesakit yang ada penyakit teruk. Jadi korang tak perlu risau, Insyallah korang akan berjaya!
Buktinya, dalam majlis itu dua orang figura yang telah menjalani pembedahan bariatrik ini telah dijemput iaitu Chef Bob serta pelakon dan penyanyi, Lufya Omar.
Turut berkongsi pengalamannya, Chef Bob mendedahkan berat badannya sebelum ini mencecah 200KG dan mempunyai pelbagai kekangan seperti berikutan masalah berat badan berlebihan. Syukur dipermudahkan segalanya, berat badan Chef Bob kini adalah 7OKG! Kalah berat aku ye hahaha
Lufya pun kalau korang tengok mungkin tiada masalah tetapi selebriti ini sudah lama berahsia mengenai penyakitnya. Dedah Lufya, berat badannya sebelum ini tidaklah terlalu serius kerana hanya berada dalam sekitar 85KG. Namun, disebabkan berat badan yang tidak ideal masalah asma yang dihidapinya terlalu serius sekaligus membuat keputusan untuk membuat pembedahan bariatrik.
Walaupun berat badan beliau tidak terlalu berat hanya sekitar 85kg sebelum buat pembedahan tapi beliau mengalami masalah asma yang teruk akibat daripada peningkatan berat badan ini.
Kos Pembedahan Bariatrik
Berapa kos pembedahan Bariatrik? Dengan kos berjumlah anggaran sehingga RM29,000 sahaja dan ia merangkumi segala jenis kos yang terlibat termasuk temu janji, pembedahan,kaunseling dan sebagainya. Malah, yang lagi best selepas sehari korang dah boleh keluar hospital tau!
Jadi buat korang yang ada masalah obesiti atau yang berkaitan, aku harap perkongsian kali ini membuka peluang dan buatkan korang gembira selepas ini. Kalau nak dapatkan maklumat lanjut mengenainya korang boleh rujuk maklumat di bawah ya.
Instagram: https://www.instagram.com/dr.mustafamt
Facebook: https://www.facebook.com/dr.mustafamt
10 comments:
Menarik juga ye treatment ni, seriously from 200 KG to 70 KG.. so good and considerable kan... nak achieve ideal weight juga bah...
Rawlins pun sekarang mengalami peningkatan berat badan nie. Ada tengok a few people yang buat, nampak memang menjadi dan kurus serta sihat.
Wow.... interesting information. But a good. I learned something new from reading this post. Thank you for sharing.
macam berbaloi harga dia tapi scary nak kena bedah pulak. kete yang beranak masuk labour room pun dah takut apetah lagi bedah bedah ni tapi nak cantik, berat ideal memang boleh jadi pilihan kan
Uiks menarik ni. Rina harun buat kat sini ke ek? Hahha..joking. tp seyes la menarik. Kalo kurus yg sihat memang berbaloi la
Bagus pembedahn ni, bukan sahaja untuk buang lemak, tapi untuk kesihatan lain macam Lutfya tu. Harag pun not bad. Doktor pun bukan kaleng-kaleng..
Wooww teruja dengan hasil nye. Seronok dapat turun kn berat badan.fa pon otw nk turunkn juga
Wahhh menarik perkongsian ini... Bagus utk mereka yg berlebihan berat bdn dan mmg susah utk turun jd alternatif ni boleh digunakan...
dr. mus ni mmg famous.. and ramai dah beliau Bantu utk rawatan ini.. kiranya mcm trusted
I pernah baca and attend doctor's seminar, this treatment helps many people with obesiti problems.
Post a Comment