Total Pageviews

Istimewa Hari Krismas! Sedapnya Cucur Tiram Di Eastin Hotel Kuala Lumpur

Merancakkan lagi perayaan Hari Natal atau Hari Krismas buat kawan-kawan yang akan meraikannya kelak, Eastin Hotel Kuala Lumpur. 




Buffet Krismas Di Eastin Hotel Kuala Lumpur

Bertemakan Christmas Festive Treat, terdapat pelbagai menu-menu istimewa yang disediakan oleh pihak hotel kelak. Disajikan secara 'buffet', aku berkesempatan untuk merasai sebahagian besar menu promosi Krismas. 

Antaranya adalah : 
  • Roasted Whole Turkey with Chestnut Stuffing
  • Roasted Potatoes
  • Grilled Vegetables
  • Yorkshire pudding, Giblet and Cranberries Sauce, 
  • Rack of Lamb with Braised Red Cabbage=
  • Balsamic Raisin Sauce
  • Poached Salmon with Asparagus 
  • Lemon Dill Beuree BlancGrilled Tiger Prawns with Spicy Herbs and Mango Chili Salsa
  • Roast Duck Breast in Artichoke Cups with Hollandaise













dan banyak lagi! Nak sushi dan aneka manisan pun banyak tau dan wajib cuba. 

Sedap Gilos Oyster Fritter! 

Nak tau apa favourite aku? Perkenalkan Oyster Fritter with salted egg and lime sauce atau nama melayu nya cucur tiram yang dimakan bersama sos limau dan telur masin.





Jujur aku katakan bahawa aku bukanlah penggemar tiram terutamanya tiram mentah. Tetapi bila dah makan menu ini bukan satu tetapi Oyster Fritter aku ambil tanpa segan silu serius memang sedap. 

Selain itu, kawan-kawan lain cakap Thai Coconut Bouillabaisse with Chili Garlic Toast pun sedap. Memandangkan menu ini ada ikan dan aku tak makan, jadi aku pun tak ada niat nak rasa. Tapi dorang cakap memang sedap rasanya seakan tomyam dan kuahnya dibuat dari air kelapa tau. 



Harga Buffet

Jad buat korang yang berminat boleh rujuk pada harga dan pautan di bawah! 
  • Cristmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember = RM156+ per person
  • Christmas Day Buffet Brunch pada 25 Disember = RM128+ per person. 
  • Boxing Day Hi-Tea pada 26 Disember = RM118+ per person
  • Kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun = Diskaun 50%

No comments: