Total Pageviews

Coolblog Ampang Point Kini Dibuka

Berita baik untuk korang yang duduk di Ampang serta kawasann sekitar! Jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan,Coolblog kini membuka cawangan ke-263 di pusat membeli-belah Ampang Point.




Cawangan Ke-16 Tahun Ini!

Kalau korang nak tahu,pembukaan ini adalah cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021 dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.Menariknya lagi kiosk Coolblog turut mempunyai penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama. 

Direka Secara Ergonomik

Cawangan Ampang Point juga direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan korang sebagai pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan. 


Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz  yang merupakan Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.

Tidak dilupakan mestilah aku dan kawan-kawan blogger yang berkesempatan untuk melihat perasmian cawangan terbaharu jenama minuman pencuci mulut halal tempatan yang telah berada di pasaran selama 15 tahun ini. Memang menarik weh! 

Menu Baru Bersama Red Bull

Aku memang suka datang ke Coolblog terutamanya bulan puasa yang ada menyajikan menu khas! Aku difahamkan pada bulan november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull.

Berbalik kepada pembukaan  cawangan lain yang akan datang, korang  berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah “Prize Spinner” pada hari pembukaan. 




Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, korang boleh rujuk di bawah atau layari platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan Instagram.




No comments: