Total Pageviews

Unik! Cocoyeah Sajikan Coconut Shake Pelbagai Perisa Pertama Di Malaysia

Tipulah kalau korang cakap tak pernah minum Coconut Shake melainkan korang sejenis tak minum air kelapa, tak makan buah kelapa dan sewaktu dengannya. Kalau betul, korang adalah manusia paling rugi! lol cakap orang, aku sendiri pun tak makan ikan dah kira rugi juga tu kan? 




Bercakap pasal Coconut Shake mungkin dah biasa dengar tapi dia jadi luar biasa bila ada pelbagai perisa lain. Betul! Itulah keunikan dan tarikan yang diperkenalkan oleh Cocoyeah yang menyajikan bukan satu tetapi pelbagai perisa Coconut Shake. Bagi aku ini adalah yang pertama di Malaysia menyajikan Coconut Shake pelbagai perisa. 




Pada mulanya, aku agak musykil dan meneka ini mesti guna perisa tambahan macam perisa makanan ke dalam Coconut Shake. Tetapi aku salah ya! Baik dari segi aiskrim (kecuali original menggunakan aiskrim vanilla) sehinggalah perisa lain semuanya menggunakan buah-buahan asli. 



Masa datang ke kafe Cocoyeah di Bandar Sunway (bersebelahan dan walking distance Sunway Pyramid) , aku berkesempatan untuk mencuba kesemua perisa yang ada terdiri daripada : 


  • Original

  • Gula Melaka
  • Macha
  • Oreo

  • Avocado (Premium)

  • Passion Fruit 
  • Honey Lemon 
  • Berry 

  • Serius tersangatlah sedap Cocoyeah ini sampaikan aku tapau bawa balik untuk bagi kawan-kawan rasa keunikan dia. Aku difahamkan oleh owner nya, Mr Zison Teh yang kesemua kelapa digunakan adalah kelapa muda bermutu tinggi dan ada diantaranya menggunakan kelapa pandan. 




    Untuk yakinkan aku dan kawan-kawan lain, dia siap bagi cuba air kelapa pandan asli. Memang terasa ya! Selain daripada Coconut Shake, akan datang turut disajikan minuman berasaskan sparkling juga menggunakan air kelapa asli. 




    • Coconut Lime Mocktail
    • Sparkling Coconut Lime Mocktail 
    • Coconut Passion Fruit Mocktail 
    • Sparkling Coconut Passion Fruit Mocktail 
    • Coconut  Strawberry Mocktail 
    • Sparkling Coconut Strawberry Mocktail 
    • Coconut Blackcurrant Mocktail 
    • Sparkling Coconut Blackcurrant Mocktail

    Dah lah sedap,harganya pun tidaklah mahal. Memang berpatutan. Tidak cukup dengan itu, siap ada promosi tau pada hari tertentu. 

    Rabu 
    • Diskaun 15% untuk semua minuman shake bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 8.30 malam 
    • Double Happines untuk perisa Passion Fruit dan Macha ( 2 minuman RM9.90. Harga asal RM19.90!) 
    • COCO-Jumbo Happines - Beli 2 minuman, diskaun 25% bermula jam 5.30 petang hingga 8.30 malam

    Jumaat, Sabtu & Ahad 
    • Beli dua minuman kecuali perisa Avocado pada harga RM15
    Berbaloi ya dapatkan promosi ini! Sambil-sambil itu korang boleh pekena juga Potato Chips dari Srikandi berperisa salted egg. Diorang cakap perisa ini bukan sekadar tangkap muat tau sebab perisa ini berdasarkan bahan ramuan diorang sendiri sebab itulah rasanya sangat premium! 




    Untuk korang yang ingin cuba boleh rujuk pada maklumat di bawah : 

    Cafe CocoYeah

    No 6, Jalan PJS 11/28a, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
    03-5612 6481


    Boleh order online dari foodpanda,Grabfood, Easi MY atau hubungi terus diorang di sosial media. 

    11 comments:

    nurul aqidah azahar said...

    wah..ada macam2 perisa la..nampak sedap semuanya tu. kalau minum time musim panas ni memang best la

    Bae Roslan said...

    sedapnyaaa semua coconut shake tu. and sparkling guna air kelapa, serius kreatif dan unik

    Tekkaus said...

    Indeed there are a lot of flavours for us to choose from. Would want to try them all especially the Gula Melaka coconut shake.

    Cik Min said...

    Wak seriously kte paling suka yg honey lemon tu sebab sebab refreshing sgt. Nnt kte nak repeat la

    Fadima Mooneira said...

    This Coco Shake looks so refreshing. Reading your review makes me wanna try all flavors. Thank you for sharing.

    Zharif Azis said...

    Waaaa macam tahu2 je tengah mengidam coconut shake klebang. Boleh try singgah sini nanti. Nampak sedap !

    Ruby said...

    Dah lama betul tak minum coconut shake. Akak suka coconut shake ngan kacang kisar. Nikmat betul kalau dapat waktu cuaca panas macam sekarang ni. Kalau dah buka cawangan di KL. Bg tau k.

    Sis Lin said...

    Kalaulah di beri pilihan, Sis lebih suka jenis mocktail tu hahahaha sebab Sis orangnya tak berapa gemar dengan minuman smooties gitu laa, sebab tu kalau ke Melaka tak giler dengan cocounut shake tu, takat singgah terlanjur okay ler..

    halimah muhiden said...

    Belum lg sampai kat Cocoyeah ni, kak pun suka minum coconut shake nti blhlah terjah Cocoyeah

    shamiera osment said...

    menarik semua air dekat cocoyeah and terpaling suka dia punya promo tu macam-macam ikut hari ya. berbaloi sangat kalau g weekend tu.

    Shida Radzuan said...

    serius arr..sedap semua air ni..teruja nk rasa ^_^