Chicken Chop Sedap Dan Murah Di Setiawangsa
Macam yang korang tahu aku masih mengambil review percuma buat peniaga-peniaga kecil yang baru sahaja memulakan perniagaan dan ingin mempromosikannya.
Resipi Sendiri!
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk mencuba menu Chicken Chop yang telah diolah menggunakan resipi sendiri. Hampir segala-galanya adalah homemade! Itulah yang menjadi tarikan buat Syafiq Home Kitchen yang bertapak di Setiawangsa. Malah, aku difahamkan perniagaan ini dijalankan bersama ahli keluarga diorang.
Untuk makluman korang, diorang jalankan perniagaan ini dari rumah jadi segala tempahan akan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran online atau diorang sendiri yang akan hantar. Buat masa ini, diorang delivery di Setiawangsa dan Keramat tetapi kalau ada permintaan daripada tempat lain bergantung kepada caj service juga ya. Perkhidmatan COD dan Pickup juga.
Promosi RM8
Menariknya lagi, bersempena dengan pembukaan kedai diorang semua menu pada setiap hari Jumaat hingga Ahad dijual dengan harga promosi sebanyak RM8 berbanding harga normal RM10. Sebenarnya masih murah lagi walaupun harga nomal.
Bercakap pasal menu diorang, Chicken Chop tadi ada dua jenis kalau tak silap. Yang baru ini aku rasa adalah menu terbaru, Chicky Pots. Aku ingatkan sekadar ayam biasa je rupanya ia adalah Chicken Chop yang dipotong dadu dan dimakan bersama mashed potato serta sos istimewa.
Gunakan US Kentang
Mashed potato pun bukan biasa-biasa sebab bila aku makan jujur terasa lain kentang dia tu. Rupa-rupanya diorang gunakan US Russet Potato. Sebagai orang yang pernah review US Potato,aku akui kentang di sana memang penuh dengan serat no wonder lah Syafiq Home Kitchen claim makan Chicky Pots ni memang kenyang! Selain itu ada juga menu-menu lain yang korang boleh try.
Jadi untuk korang yang tinggal berhampiran yang ingin mencuba Chicky Pots dari Syafiq Home Kitchen boleh membuat tempahan atau hubungi butiran di bawah ya.
Pertanyaan & Tempahan : linktr.ee/syafiqhomekitchen
Instagram : https://www.instagram.com/c.choprm8/
13 comments:
Bgus kita support rakan-rakan kita yang buat bisnes makanan online ni. sambil perut kita kenyang kita dapat bantu bisnes diorg jugak.
Reading your review makes me want to try the chicken chop and done here. The food look so yummy. And the packaging looks awesome too. Thank you for sharing.
wah... packaging dia mcm tu pulak yer. letak dlm bowl
Eh. Murah betul ye harga dia walaupun belum diskaun tu. Pakai lak US Potato, memang terbaik la rasanya kan.
Menarik chicken chop yang dipotong dadu.. iena bayangkan chicken chop yg selalu kita makan tu.. ni nampak mcm pop corn chicken la.. homemade chicken chop mesti rasa dia sedap. RM8 kira murah tu. nanti boleh cuba :)
Nampak sedap! Bestnya kalau dekat dengan rumah senang tiap hari beli
Woww serius la kat setiawangsa. Memang nak kene cari ni. Tak sabar nak cuba
dahla murah sedap pulak tu.. kena cuba jugak ni one day ❤️
Kalau kata mereka buat sendiri, tentulah sedap dan puashati kann.. suka support penigaa homemade gini..
Yaa Khai, blog Khai slow load ni, huhuhu..
Wah best nyer their chicken chop, nampak sedap dan harga pun awesome.
Tempting ye tengok makan2 yang Khai share ni... btw, harga dia pun sgt berpatutan bah! Not that expensive too! Lagi2 mereka guna US Potato... kena cuba try test ni.. (Y)
Wow these chip chop not only looks delicious and tempting but also reasonably priced. Those who stay near setiawangsa can enjoy this treat for sure. :)
Ni baru betul chicken cho sebab memang dichop chop kecik pastu letak dalam bekas comel camtu. Ni kalau beli pastu boleh lepak mana2 sambil makan.
Post a Comment