Total Pageviews

Uniknya Wafer Emas Habib Edisi Merdeka! Siap Ada Corak Rama-Rama

Biarpun negara baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan yang ke 64 baru-baru ini, namun semangat kemerdekaan itu masih membara buat rakyat Malaysia apatah lagi pada 16 September kelak kita akan menyambut Hari Malaysia pula.



Ilham Dari Rama-Rama 

Bagi jenama terkenal, HABIB sudah pasti tidak ketinggalan untuk menyemarakkan lagi hari yang penting buat negara. Menariknya, HABIB telah mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka. 

Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan. 




Sesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. 

Tersedia Dalam 3 Warna 

Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K. Difahamkan, HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. 

Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

 “Situasi pandemik Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini. Walau bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama. 
"Dengan peningkatan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang giat berlangsung, sektor ekonomi kini mula dibenarkan beroperasi secara berperingkat dan secara langsung, ini sedikit sebanyak membantu kita untuk kembali meneruskan kehidupan. Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini. 

"Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik.” ujar Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB
Kolaborasi Bersama Pelukis Tempatan 

Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. 




Setiap karya yang dilakarkan Najib pula menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. 

 “Kolaborasi bersama pelukis tanah air yang berbakat seperti Najib Bamadhaj merupakan kerjasama kreatif bersinergi oleh kedua-dua pihak. 

"Seperti pelukis, HABIB mengetengahkan sudut kreatif menerusi rekaan barangan kemas yang unik, mempersonakan dan kekal abadi sepanjang zaman. 

"Walaupun kita tidak mempunyai kesempatan untuk meraikan Hari Merdeka dalam seba kemeriahan, kami yakin bahawa kerjasama dengan Najib dalam menghasilkan karya seni bertemakan Keindahan Merdeka ini berupaya menyampaikan mesej yang bermakna, iaitu keutuhan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu untuk terus bangkit dan berjuang melawan pandemik ini.” tambah Meer Habib

Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan. Walaupun ada segelintir yang sangat terkesan akibat pandemik, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh untuk mengharunginya bersama dan tidak akan pernah mengalah. Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan.

Rugi kalau korang terlepas untuk dapatkan wafer emas edisi terhad ni tahun depan mungkin dah design lain. . Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com atau di sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).


No comments: