Total Pageviews

Coolblog Durian, Cendol & Pandan Kini Di Pasaran Untuk Masa Terhad

Berita baik untuk penggemar Coolblog! Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia,Coolblog dengan bangganya mempersembahkan Hero Malaysiaku yang menampilkan rasa tempatan Malaysia sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan atas pengorbanan dan usaha mereka dalam memerangi wabak COVID-19.




Kerja keras dan pengorbanan mereka agar memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia amat dihargai dan akan selamanya terpahat di hati setiap rakyat Malaysia. Kempen oleh Coolblog ini juga merupakan kempen yang meraikan kita rakyat Malaysia, kerana setiap dari kita memainkan peranan penting dalam waktu sukar ini. 




Kepayahan dan cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini telah menyatukan kita dan menjadikan kita bersemangat untuk kekal teguh menghadapi segala rintangan. 

Walaupun kita masih jauh dari garisan penamat, tetapi pengorbanan yang telah kita lakukan menjadikan kita adiwira, dan itu semestinya diraikan. Untuk melengkapkan sentuhan manis pada kempen ini, Coolblog memberi penghormatan kepada raja segala buah iaitu durian dan juga pandan yang merupakan antara bahan makanan utama bagi kebanyakan makanan Malaysia. 

Durian, yang menjadi kebanggaan Malaysia adalah salah satu rasa yang menyatukan kita, dan aroma pandan pula mampu mengimbau kembali kenangan manis yang nostalgik kepada seluruh rakyat Malaysia. Rasa terbaik yang menyatukan rakyat Malaysia kini terdapat dalam cawan smoothie yang dijamin menepati citarasa korang! 

Cool Lovers jangan lepaskan peluang korang untuk rasai minuman citarasa tempatan yang luar biasa ini di setiap gerai Coolblog bermula pada Hari Malaysia, 16 September hingga 31 Oktober 2021*. 

Tiga perisa smoothies yang ‘sangat sedap’ iaitu durian, pandan dan tidak lupa cendol yang diperkenalkan adalah: 

Durian Delight Smoothie 




Dihasilkan dari raja segala buah-buahan tempatan iaitu durian, smoothie edisi terhad ini disertakan dengan rasa durian yang sedap di setiap hirupan. Secara ringkasnya, smoothie ini adalah jawapan utama bagi setiap penggemar durian 

Durian Delight Cendol 




Minuman kegemaran tempatan terutamanya pada musim durian dan hari yang panas terik. Tidak ada yang dapat menyangkal bagaimana semangkuk cendol yang enak akan memberikan senyuman di wajah kita. Tambahan raja buah ternyata menaikkan lagi keenakkan rasa enak semangkuk cendol. Campuran durian dan cendol menghasilkan sebuah smoothie yang enak dengan rasa yang tersendiri! 

Pandan Delight Cendol 




Bukan penggemar durian? Jangan khuatir, kerana Coolblog menyajikan perisa tempatan yang lain iaitu pandan. Pandan yang dikenali dengan aroma yang harum dan rasa yang manis akan menjadi pilihan korang sewaktu anda datang ke Coolblog! 

Setiap smoothie berharga RM8.80, tetapi ada tawaran istimewa termasuk hero combo (beli dua pada harga RM15.00), pembelian satu cawan dan dapatkan cawan kedua dengan potongan harga 50%. Selain itu, dapatkan tawaran istimewa apabila anda membeli secawan minuman lazat ini. 

Coolblog selalu mengikuti trend rasa terkini untuk menarik peminat serta penggemar smoothie dan pencuci mulut. Semasa Sukan Olimpik Tokyo, Coolblog mencipta dua minuman berperisa luar biasa, Yubari Melon dan Sakura Lemon. Dengan menggunakan maklum balas pelanggan dan penyelidikan citarasa pengguna, Coolblog dapat menghasilkan minuman yang berperisa luar biasa! 

Risau tidak dapat ke Coolblog berdekatan korang? Pelanggan boleh pesan minuman kegemaran mereka dari keselesaan kediaman sendiri dan akan dihantar ke depan pintu mereka melalui perkhidmatan penghantaran makanan melalui e-hailing! 

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti platform media sosial Facebook dan Instagram @coolblogmalaysia dan dapatkan maklumat terkini. 

No comments: