Total Pageviews

Belanja RM100 Di Lulu Hypermarket Setia City Mall Dapat Percuma Baucer RM50!

Perasaan yang bercampur baur apabila aku pergi ke Setia City Mall Shah Alam baru-baru ini. Gembira sebab mall ini mula hidup dan orang ramai mula membeli belah barang keperluan.


 

Tetapi dalam masa yang sama aku takut juga yer lah mungkin kita dah berjaga-jaga sebaiknya tetapi disebabkan seorang dua yang buat hal tak pasal dapat jangkitan COVID-19. Minta simpang ya! 

Lulu Hypermarket Setia City Mall Tengah Ada Promo! 

Anyway, aku nak kongsikan kepada korang yang tengah cari barang keperluan rumah khususnya untuk korang yang tinggal di kawasan sekitar Setia Alam dan juga Shah Alam. Sebab dekat Lulu Hypermarket Setia City Mall tengah ada promosi bersempena dengan Hari Malaysia.




Promosi yang bermula pada 16 September hingga 30 September ini bukan sahaja menawarkan harga yang murah malah turut menyediakan hadiah buat para pengunjung yang berbelanja minimum RM100 di dalam satu resit di bahagian pasar raya. 

Percuma Baucer RM50

Betul, pihak Lulu Hypermarket akan memberikan baucer sebanyak RM50 untuk korang tebus pada pembelian seterusnya. Untung bukan? Aku pun selalu shopping dekat Lulu paling kurang pun RM150, so confirm lah dapat baucer ini dengan mudah. 










Untuk baucer RM50 itu, korang boleh tebus untuk pembelian barangan di Bahagian Fesyen, Kasut, Beg Tangan Wanita, Sari dan Churidar. Untung bukan?  




Aku pun sempat juga jeling macam-macam produk di dalam Lulu Hypermarket yang sememangnya terkenal sebab murah. Kalau penat shopping, korang boleh je Dine-In di mini cafe diorang juga di dalam Lulu Hypermarket Setia City Mall. Murah ye harganya! 





Selain itu, aku perasan Lulu tengah buat promosi TV. Jadi buat korang yang tengah nak beli TV baru itu bolehlah ke sini. 




Untuk maklumat lanjut : 



8 comments:

NaSa said...

Best juga dapat baucer yg terbuka utk beli barang lain sekali. Tawaran menarik utk tarik lebih ramai pelanggan dan rancakkan perniagaan lepas sekian lama PKP.

Saya singgah follow di sini :D

Ezna Khalili said...

Orang kata Lulu Hypermarket ni murah kan?. Nampak menarik cuma jauh sikit la dari rumah sis. Pernah pergi sekali yang branch kat KL.

Eiza GreenAppleKu said...

Bestnya dapat shopping kat pasaraya Lulu. Harga barang pun murah. Ada pula baucer RM50. Makin berbaloi-baloi.

Bebelan Cik Min said...

Memang untung ye..ni memang tempat favourite kita top up barang-barang dapur sambil cuci mata dekat bahagian food tu hahaha

Sis Lin said...

Bestnya laahaiiii, soping tempat gini, susun atur kemas jerr,, napelah tak bukak kat Johor yaa... berbaloi diskaun yang di berikan tu haaa

Ruby said...

Bestnya!!! Lulu cawangan lain pun sama ke Khai? Akak nak cekidout Lulu KL. Dekat sikit ngan rumah.

shamiera osment said...

Berbaloi betul dapat voucher RM50 tu, kalau beli barang dapur jarang sangat kurang dari RM100 kan zaman sekarang ni..

Mahamahu said...

Biar betik beli seratus dapat baucer RM50 balik uikk untung lah wow bestnya kena pergi Lulu nu shopping hujung bulan... Lama tak ke sana....