First Time Rasa Croissant Lava! Siap Ada Perisa Cempedak Asli
Aku berani cakap rata-rata yang baca ini mesti pernah makan Croissant dan cempedak bukan? Tetapi korang pernah tak makan kesemua bahan utama ini digabungkan menjadi satu? Mesti tak!
Croissant Lava Dengan 3 Pilihan Perisa
Sebab kita geng! Aku first time makan Croissant dan Cempedak baru-baru ini apabila kafe hipster terkenal, Luckin Kopi telah memperkenalkan Croissant Lava dengan 3 pilihan perisa. Kalau nak tahu, menu ini merupakan kolaborasi Luckin Kopi dan Sang Kancik. Selain Lava Cempedeka, Croissant Lava ini juga tersedia dengan perisa Pandan Gula Melaka dan Mocha.
Promosi Free Delivery Di Lembah Klang
Disebabkan ini pertama kali aku nak rasa, mocha dan pandan gula melaka pun macam dah pernah cuba jadi aku minta Lava Cempedak. Berita baik untuk yang duduk di Lembah Klang, untuk masa terhad penghantaran adalah percuma tau!
Nak tahu sedap ke tak? Aku boleh katakan yang Croissant Lava Cempedak ini rasanya sangat unik. Manakan tidak, dia punya lava itu merupakan buah cempedak asli! Siapa yang hantu Cempedak itu mesti suka makan Croissant Lava.
Harga Croissant Lava
Kalau nak makan pun senang, sebab Croissant dah dipotong siap-siap. Korang cuma perlu ambil dan dip bersama sos lava. Memang padu! Croissant Lava ini boleh dimakan sejuk atau dipanaskan, ikut selera korang. Harganya? Harga berbeza mengikut pilihan citarasa korang seperti dalam gambar di bawah.
Dalam pada itu , aku teringin nak lepak dekat Luckin Kopi balik. Entah bila dapat rentas negeri atau daerah, aku suka kopi dia memang padu!
Nak beli Croissant Lava? Korang boleh beli di http://www.luckinkopi.com/
18 comments:
Asalam ..salam kenal ..follow dulu ya
Sis nak rasa la lava cempedak dan pandan gula melaka ni. Kalau cempedak ni sis makan yang bergoreng ajer. Lain2 sis tak pernah makan.
OMG! OMG! I have never ever seen this Croissant Lava before. Definitely, something new I would want to try. *drooling*
alahai..asal nampak ni terliur pula ni..nampak macam sedap je..teringin nak try kalau dekat
Nampak menarik lava cempedak tu tapi tak berani nak makan. Sis lbh tertarik dengan lava pandan gula melaka tu. Tgk pun dah nampak Sedap.
Sila deliver kat I yang mocha atau gula melaka tu please. I suka and teringin nak rasa. Tq in advance ye
These lava cakes look so tempting. Reading your review makes me wanna try it. Thank you for sharing. Will definitely check these lava cakes out.
Yang bentuk bunga kat atas tu krim atau croissant juga Khai? Nampak menarik plak. Teringat makanan yang mcm ni kat kedai sup. Roti gemok yang di dalamnya ada sup mushroom pekat. Sedap. Nak cubalah yang cempedak ni. Mana neearest Luckin Kopi. Hahaha.
Ala...kat area lembah kelang je ke. Takde cawangan eh kat Ipoh? Nampak sedap sangat tu
Perghhh duk terliur kek rasa kopi tu haaa.. kalau cempedak, tak boleh bayangkan cmne rasa dia ekkk.. sedangkan eskrem pun, Sis makan rasa pelik ko hahahahha..
Pertama kali dengar pasal Croissant Lava ni, lagi-lagi ada perisa cempedak pula.
Yang pandan tu sedap akak dah rasa. Nanti nak try la yg lain lak..yg cempedak tu kena ada geng baru leh order..hihi
nampak pun sedap.. suka yg cempedak tu... dahla buah fav.. boleh cuba ni
wah nampak menarik and sedap Croissant Lava tu. Boleh lah cuba nanti. Free delivery kat lembah klang :)
Aduhhhh... lemah sis bila tau dia ada cempedak lava, must-try lah!
Aduh... sedap benor tengok gambar croissant tu... nampak menarik sungguh, dah la warnanya lain daripada croissant yang biasa, pastu bentuk pun walla luar biasa... teringin nak rasa croissant cempedak tu...
Wahhh new produk from Luckin wor... Tak Pernah mengecewakan...Nell dah order aritue....sedap kan... Menarik lak tue... One of its kind...
Thank you for posting this recipe and I really enjoyed it.
Post a Comment