Bercuti Selepas PKP! Aku Nak Staycation Dekat Semua Tempat Ini
Pejam celik rupanya dah masuk bulan 8 secara tak langsung dah berbulan-bulan juga kita duduk di rumah mematuhi arahan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berfasa.
Rancang Percutian
Macam aku dan ramai kawan-kawan lain yang duduk di Selangor masih lagi berada dalam Fasa 1 sejak awal pelaksanaannya. Ini bermakna, kebanyakan aktiviti masih terhad untuk dilakukan pendek kata hanya memang duduk di rumah sahaja. Itu juga bermaksud aku sendiri sudah lama tidak melancong atau berehat tenangkan fikiran di mana-mana hotel mahupun kawasan pelancongan.
Sebelum ini, aku akan pastikan sekurang-kurangnya dua bulan sekali akan pergi staycation dekat mana-mana tempat at least hotel berhampiran. Walaupun hotel terdekat, tapi bagi aku itu adalah cara aku untuk rest dan tinggalkan kerja. Tetapi kadang-kadang terlajak juga terbawa laptop sebab kebanyakan staycation aku pun buat review hotel terus.
Memandangkan duduk di rumah je, tak ada apa sangat untuk dibuat aku terfikir satu cara yang boleh hilangkan stress. Setiap malam aku akan fikir wishlist apa dan tempat percutian menarik mana yang aku nak pergi selepas PKP ini. Aku ada senaraikan di bawah dan kenapa aku nak pergi ke sini. Banyak sebenarnya tapi cukup lah yang ini je nanti berangan lebih tak dapat pergi murung pula.
Dalam wishlist itu korang ada perasan kan aku ada letak nak staycation dekat resort 5 bintang atau mewah? Betul sekarang aku kumpul je duit, so nanti boleh buat trip lepas geram! Aku kalau boleh nak repeat pergi Pulau Redang.
Sebab apa? Dalam pengamatan aku, kalau Semenanjung Malaysia aku boleh cakap yang Pulau Redang adalah pulau tercantik pernah aku pergi. Airnya jernih, pasirnya putih halus mulus sangat tenang!
Sebenarnya kalau ikut rekod aku dah ke Pulau Redang 3 atau 4 kali macam itu dan ya masih tidak membosankan. Aku ingat lagi pernah sekali itu aku duduk lepak tepi pantai waktu malam sampai tertidur kena bayu laut. Tenangnya bila difikirkan balik. Kalau ada rezeki of course aku nak repeat Berjaya Laguna Resort Redang. All complete!
- Grand Lexis Port Dickson
Bila cakap pasal Lexis secara automatik nya aku jadi murung kejap. LOL! Bukannya apa dulu aku pernah beli baucer staycation dekat Lexis tapi yang aku beli itu Lexis Penang. Masalahnya bila dah rezeki sampai ke sudah aku tak dapat stay sana sebab sibuk sangat. Jadi family aku je lah yang dapat ke sana.
Untuk elakkan kecewa kali kedua, aku plan nak ambil Lexis yang terdekat dengan aku iaitu Grand Lexis Port Dickson, lagi best! Hotel ini memang sentiasa dalam list aku especially bila plan nak staycation ramai-ramai dengan member. Kalau tak silap aku hotel ini sediakan dua katil king dan kolam renang di dalam setiap bilik. Dapat 3 hari 2 malam pun okay lah.
- Kapalai Island Resort
First time stay dekat sini, weh cantiknya! Tidak keterlaluan kalau aku cakap resort ini paling cantik pernah aku pergi. Mana taknya, terletak di atas laut di Semporna, air dia sangat jernih. Waktu malam pula, kadang-kadang ada penyu bawah bilik korang.
Ditambah pula ada pantai buatan dekat situ. Memang kalau pergi rasa tak nak balik dah! Banyak nak cerita pasal resort ni tapi korang baca nanti lah ya pasal itu.
- Hotel Lima Bintang
Kalau masih tak dapat pergi jauh-jauh aku dah ada Plan B, iaitu staycation di hotel lima bintang berhampiran. Siapa yang kenal aku, mesti tahu aku sangat cerewet pasal bantal dan makanan dekat hotel. Yer lah tak guna kalau kau claim hotel 5 bintang tapi kualiti dan fasiliti teruk. Ada je hotel yang kualiti macam itu tapi aku tak nak lah mention dekat sini. I always believe on 2nd chance.ceyyyyy hahaha!
Aku dah ada dah pun list hotel 5 atau 4 bintang yang aku nak kunjungi kelak. Ini adalah senarai hotel kegemaran aku based on kualiti dan pengalaman aku stay disana.
- Le Meridien Putrajaya
- Mandarin Oriental Kuala Lumpur
- Aloft Kuala Lumpur
- JW Marriot Kuala Lumpur
- Four Seasons Kuala Lumpur
Nampak macam mahal kan? Tapi sebenarnya kalau korang simpan duit dari sekarang, berkemungkinan korang boleh dapat apa yang korang inginkan. Setiap orang lain cara untuk self reward. Tapi ini lah cara aku. Korang ada tempat menarik lain lagi? Atau ada hotel yang best? Meh share mana tahu aku boleh masukkan dalam list juga.
8 comments:
I nak balik kampung jika ada rezki. Dari 2019 hingga la nie tak peluk my parents dan adik beradik serta anak-anak saudara. Huhu
memang nak staycation. tak sabar nak refresh kat otak ni. dapat staycation area rumah pun okay dah
Akak kat Ipoh ni dah boleh staycation. Dah mula start review. InsyaAllah SOP tetap dijaga
Tak sabar nak pergi bercuti ni. Anak2 pon bosan dah duk rumah
Sis dan family masih takde perancangan lagi Khai, bimbangkan keadaan sekarang ni..paling tak nanti nak pi pulau je yang takde ramai orang pi.. kalau hotel ni was-was sikit..
Masuk Traveloka macam-macam ada. Akak pun dalam list nak pi Grand Lexis. Kita nak roadtrip ke sana. Kalau kes menurun lg, kami nak ke Terengganu. Hehe
Ya ya.. tak sabar nak bawak anak-anak bercuti! Tempat tuju utama nak pi pantai. Nak tenangkan fikiran yang lama dah tepu ni. Huhuuu
Wahhh percutian have have hehehe kita mampu tengok jer.. tapi betul lepas PKP habis kat KL ni kita memang nak bercuti kat pantai rest minda tersiksa...
Post a Comment