Total Pageviews

Resipi Sambal Strawberry Confirm Jadi

Entah kenapa aku rasa terinspirasi melihatkan video-video masakan yang dibuat oleh Youtubers, Instafamous dan kawan-kawan lain. Mungkin disebabkan kualiti diorang, buatkan aku menjadi suka tengok video itu. 




Resipi Sambal Strawberry Confirm Jadi

Jadi aku harap pengenalan resipi ini akan membuatkan aku konsisten untuk menjadi macam diorang. Jadi untuk artikel ini aku kongsikan resipi sambal Strawberry yang confirm jadi. Video pun ada di bawah.

Bahan-Bahan 

  • beberapa biji Strawberry (lagi banyak lagi bagus)
  • seketul atau dua ketul gula melaka/gula melaka (ikut kesesuaian rasa)
  • sedikit garam & gula 
  • beberapa keping asam keping atau sedikit air asam jawa(optional)

Bahan blend
  • 2 labu Bawang besar
  • 10 tangkai cili kering (ikut kesesuaian korang kalau suka pedas maintain atau lebihkan, dan jika tak suka boleh kurangkan)
  • sedikit belacan (optional)
  • sedikit garam 
  • sedikit air

Cara-cara 
  • Kisar semua bahan blend tadi sampai lumat 
  • Strawberry dipotong dadu dan dibahagikan dua. Satu bahagian untuk sambal dan satu bahagian lagi untuk nasi lemak strawberry(resipi pada artikel akan datang) 
  • Untuk masak sambal, mula-mula masukkan sedikit minyak dan masak bahan blend tadi. Tumis sehingga pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak masukkan gula melaka dan strawberry tadi sedikit
  • Masak sampai semua sebati. Macam aku masukkan dua ketul gula melaka sebab tersalah beli cili kering. Pedas dia aiyooo matilanak so balance kan rasa dia dengan gula melaka. Kalau tak ada gula melaka boleh je guna gula biasa or gula merah. Cuma mak aku cakap nak sedap guna gula melaka
  • Lepas itu perasakan sedikit dengan garam dan masukkan asam keping. Sebenarnya gula melaka ini tak payah pun tak apa. Kalau siapa suka masam-masam manis, masukkan asam keping atau air asam jawa. Macam aku masukkan 2-3 keping asam keping then bila dah masak baru buang sebab tak nak masam sangat. 
  • Bila dah masak, baru masukkan lebih strawberry tadi dan gaul rata. Tujuan dia aku tak nak strawberry terlalu hancur, jadi bila makan terasa lah strawberry tadi. 
  • Optional - boleh gaulkan ikan bilis yang digoreng rangup atau dihidangkan begitu sahaja. Dah siap!



Senang kan? Confirm jadi! Kali ini aku kongsikan dahulu resipi dan video sambal strawberry. Artikel akan datang resipi nasi lemak strawberry pula. Tak dapat pergi Cameron Highland, kita bawa Cameron di rumah. Selamat mencuba! 



13 comments:

saidila said...

Sayang pulak nak buat strawberry jadi sambal . Lagi2 kalau strawberry tu sedap dan manis. Kalau yang tak sedap bolehlah jadikan alternatif. Tiba2 rindu CH. Nanti nak cari strawberry murah2 dulu kat pasar buat, harap sedaplah. Tq resepinya.

Fadima Mooneira said...

Oh yummeh!!!!!!!!! Dulu saya pernah cuba sambal strawberry member buat. Rasa dia memang sedap. Thank you for sharing your recipe with me.

Rawlins GLAM said...

Wow. Rajin yer dia sekarang. Teringin gak nak try nasi lemak strawberry tu. Manis2 pedas kot?

Airah Syahirah said...

Terliur nya kalau pergi cameron confirm pergi breakfast dekat nasi lemak sambal strawberry tu

Tekkaus said...

Strawbery and chilli? I have never heard about sambal strawberry...guess those who are adventurous can try this recipe out.

Encik Mus said...

memamng rare resipi ni bro.. kebetulan saya tengah menanam strawberi.. kalau ada buah nanti boleh cuba jugak resipi ni..

marsha said...

Ala rindu kemren!! Walaupun dekat je nak pegi kemren terpaksa batalkan niat sebab covid masih bermaharajalela. Nak try buat sendiri guna resepi khai lah

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Masa kat Cameron, pernah nampak mcm2 produk berasaskan strawberi, termasuklah sambal strawberi ni. Tp belum pernah try lg. Mesti rasa masam manis, ya?

Sis Lin said...

Baca nasi lemak tu tak menahann.. tak pernah lagi makan sambal strawberry gini, dan tak tau plak boleh buat sambal.. kena cuba ni...

AyuArjuna BiGoshh said...

Nampak pun sedap. Nanti boleh try . Esp rs msm manis strawberry tu agak unik

precious cla said...

Tak pernah dengar lagi resipi sambal stroberi ni. Nak try buat juga nanti, nampak sedap juga tu.

Kitkat Nelfei said...

Wow! Boleh try la buat sambal Strawberry lepas ni... thanks for the recipe Khai.. selalunya makan ni kat Cameron jer.. ni pun dah dua tahun tak singgah, craving la juga,, boleh la try buat sendiri..

Sunshine Kelly said...

Terbaekkk bro! nanti kita pun nak try this sambal strawberry, mudah mudahan jadi lah.